Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
new PS5 2023

Pengguna PS5 Didapati Bingung Sama Ada Mematikan Konsol Mereka Atau Tidak

Diterbitkan Januari 9, 2025 ยท Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh ariff bukhari

Nampaknya pengguna PS5 tidak sependapat sama ada mematikan konsol mereka sepenuhnya atau tidak.

Ia selepas data mendedahkan pengguna PlayStation 5 bingung tentang cara menetapkan konsol mereka selepas 50% daripadanya memilih untuk mematikan sepenuhnya konsol mereka dan 50% lagi memilih untuk meletakkannya dalam mod rehat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib presiden bagi permainan, produk dan pengalaman pemain Sony Interactive Entertainment, Cory Gasaway, kepada Game File bahawa ciri Welcome Hub, yang mula diperkenalkan tahun lepas telah mendedahkan penemuan tabiat pemain yang seimbang ini.

PS5 Welcome Hub
PS5 Welcome Hub yang mula diperkenalkan di PS5 pada September 2024 lepas pada asasnya membolehkan pemain menyesuaikan skrin utama mereka dengan widget dan maklumat berguna yang berbeza.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang cara pemain berinteraksi dengan sistem PS5 mereka antara sesi permainan. Contoh kecil adalah kami mempunyai hipotesis dalaman bahawa lebih ramai orang akan meletakkan konsol mereka ke dalam mod rehat daripada mematikannya sepenuhnya setiap kali antara sesi permainan mereka.” Cory Gasaway.

Walau bagaimanapun, Sony menyimpulkan bahawa 50% pengguna konsol mereka memilih untuk mematikannya sepenuhnya dan 50% lagi memilih mod rehat.

Gasaway juga mendedahkan bahawa pemain di AS akan mendarat di halaman Explore terlebih dulu semasa menghidupkan konsol, manakala pemain di luar AS pula akan kembali ke halaman permainan terakhir yang dimainkan mereka.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Acer Lancar Konsol Permainan Mudah Alih Dengan Saiz Skrin 11 Inci
  • NVIDIA Perkenalkan Superkomputer AI Terkecil Di Dunia, Harga Bermula ~RM13,500

Sumber: IGN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY