Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Dari China Ini Pintas Micron Dan Kioxia Dalam Pasaran Memori NAND

Syarikat Dari China Ini Pintas Micron Dan Kioxia Dalam Pasaran Memori NAND

Diterbitkan Ogos 14, 2026 · Dikemas kini Ogos 14, 2026 oleh ariff bukhari

Industri semikonduktor menyaksikan lonjakan besar apabila enterprise SSDs (eSSDs) melonjak kepada 48% daripada keseluruhan penghantaran NAND global pada suku kedua 2026.

Peningkatan ini hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu, didorong oleh permintaan tinggi daripada beban kerja AI yang beralih daripada latihan (training) kepada inferens (inference).

Peralihan ini menuntut storan berkelajuan tinggi dan penggunaan kuasa rendah untuk menyokong KV caches serta set data berskala besar.

Syarikat semikonduktor dari China, Yangtze Memory Technologies Co. (YMTC) yang pantas melihat peluang ini kini mencatat sejarah apabila berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga dunia dalam penghantaran cip memori NAND.

Pencapaian ini sekaligus mengatasi pesaing utama dari Amerika Syarikat, Micron, serta syarikat Jepun, Kioxia dengan hanya Samsung dan SK hynix dari Korea Selatan masih kekal mendahului carta.

Dengan pengusaan pasaran memori NAND kira-kira 14%,  YMTC kini diramal bakal terus mengukuhkan kedudukannya menjelang tahun 2027–2028.

Syarikat Dari China Ini Pintas Micron Dan Kioxia Dalam Pasaran Memori NAND

YMTC memperkukuh kedudukan melalui pengeluaran NAND 3D 267 lapisan dan pembangunan teknologi melebihi 300 lapisan.

Counterpoint Research dalam laporannya berkata, YMTC merancang untuk mengalihkan produknya lebih jauh ke arah eSSD pada separuh kedua tahun ini bagi mengukuhkan kedudukannya di tempat ketiga di peringkat global, disokong oleh saluran sokongan modal yang semakin berkembang.

Persaingan hebat dalam pasaran telah melonjakkan hasil industri kepada paras tertinggi, meningkat lima kali ganda berbanding suku kedua 2025.

Namun, pakar menekankan bahawa keuntungan tidak hanya bergantung pada jumlah penghantaran, tetapi juga pada campuran produk, khususnya eSSDs pusat data yang bernilai tinggi.

Berkaitan

  • Hampir 1/3 Pekerja Adalah Wanita, Inilah Kisah SK hynix, Daripada Hampir Muflis Kini Bernilai $1 Trilion
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Apple Dilapor Sedang Uji Cip DRAM CXMT, Saham Cip China Melonjak 470%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY