Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDigital ID_MyJPJ2

[Kemas Kini] Penggunaan MyDigital ID Untuk Log Masuk Tunggal Aplikasi MyJPJ Ditangguhkan

Diterbitkan Oktober 2, 2024 · Dikemas kini Oktober 4, 2024 oleh Amalina Athman

Kemas kini: Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID Mohd Mirza Mohd Noor berkata integrasi penggunaan MyDigital ID dengan aplikasi MyJPJ bukan dibatalkan tetapi ditangguhkan.


Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Dalam sidang media hari ini, beliau berkata pengguna aplikasi MyJPJ sebaliknya boleh mendaftar masuk aplikasi berkenaan seperti biasa.

Orang ramai tidak perlu ada kebimbangan bahawa selepas 10 Oktober ini tidak boleh pakai MyJPJ. Itu tidak wujud. MyJPJ boleh terus diakses dengan mudah dan cepat.

Terdahulu, media melaporkan pengguna MyJPJ perlu log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID bermula 10 Oktober 2024.

Mengulas lanjut, Loke berkata arahan yang dikeluarkan itu bukan pengumuman rasmi daripada Kementerian Pengangkutan atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pop-up berkenaan telah diturunkan serta-merta.

Maklumat yang disalurkan melalui pop-up MyJPJ telah memberikan maklumat yang mungkin mengelirukan orang ramai. Saya lihat bahawa dalam banyak komen media (sosial) yang bimbang dan memberikan maklum balas berkenaan (maklumat tersebut).

Jelasnya, kementerian menyokong penggunaan MyDigital ID, namun proses pengintegrasian dengan aplikasi MyJPJ perlu dibuat secara ‘back-end’.

Pihaknya juga telah bersetuju penggunaan MyDigital ID sebagai log masuk kepada aplikasi MyJPJ perlu dilaksanakan dengan mudah supaya tidak memberikan masalah kepada pengguna.

Untuk makluman, MyDigital ID merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Berkaitan

  • Bukan Pengganti MyKad, Ini Penjelasan Ringkas Tentang MyDigital ID
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Log Masuk Ke Aplikasi MyJPJ Akan Menggunakan MyDigital ID, Daftar Segera Elak Kesulitan
  • Pemegang Lesen B2/B1 Kini Boleh Semak Kelayakan, Mohon Program Khas Peralihan Kelas B

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY