Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tap to pay

Switzerland Siasat Apple Berhubung Dominasi Ciri ‘Tap to Pay’

Diterbitkan Disember 12, 2025 oleh ariff bukhari

Penyelia pasaran Switzerland pada Khamis mengumumkan bahawa mereka telah membuka siasatan awal untuk menilai sama ada syarat yang dikenakan Apple membenarkan penyedia pembayaran mudah alih lain bersaing secara berkesan dengan Apple Pay.

Pembayaran melalui telefon pintar dan jam tangan pintar semakin meningkat dengan pantas, dan menurut laporan Universiti St. Gallen awal tahun ini, ia kini menjadi kaedah pembayaran paling popular di Switzerland.

Apple membuka akses kepada ciri tap to pay pada iPhone pada 2024 selepas menerima tekanan daripada Kesatuan Eropah, namun Suruhanjaya Persaingan Switzerland berkata ia akan meneliti syarat berbeza yang dikenakan kepada syarikat tempatan.

Siasatan tersebut “bertujuan memperjelas sama ada penyedia aplikasi pembayaran mudah alih lain boleh bersaing secara efektif dengan Apple Pay bagi pembayaran tanpa sentuh menggunakan peranti iOS di kedai,” menurut kenyataan itu.

Ia menegaskan bahawa akses kepada teknologi near field communication (NFC), yang membolehkan fungsi tap to pay, adalah eksklusif melalui sistem operasi proprietari Apple, iOS.

“Apple mengawal setiap aspek ekosistem ini,” tambahnya.

Suruhanjaya itu berkata siasatan awal ini akan membolehkan mereka mengumpul maklumat daripada pemain industri dan menilai sama ada Apple melanggar undang-undang antimonopoli Switzerland.

Pengendali pembayaran mudah alih terbesar di Switzerland, Twint, memberitahu AFP bahawa mereka mengalu-alukan siasatan tersebut, dengan menyatakan adalah “penting semua pihak pasaran mendapat akses yang tidak diskriminatif.”

Twint, yang tidak menggunakan teknologi NFC tetapi bergantung kepada kod QR, menguasai 62 peratus pasaran pembayaran mudah alih pada Mei menurut kajian Universiti St. Gallen.

Apple Pay pula berada di tempat kedua dengan 15.4 peratus. – AFP.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • HyperOS 3.0: Xiaomi Hampir Mendekati Pengalaman Ekosistem iOS
  • Apple Dan Google Keluarkan Amaran Ancaman Siber Di 150 Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY