Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APple Google_

Apple Dan Google Keluarkan Amaran Ancaman Siber Di 150 Negara

Diterbitkan Disember 8, 2025 · Dikemas kini Disember 8, 2025 oleh ariff bukhari

Apple dan Google telah mengeluarkan amaran ancaman siber kepada pengguna di seluruh dunia.

Pada 2 Disember lepas, Apple memaklumkan telah menghantar notifikasi kepada pengguna di lebih 150 negara dengan  memberi amaran tentang cubaan pengintipan digital oleh penggodam.

Sehari kemudiannya, Google turut mengumumkan langkah sama, khususnya terhadap akaun yang disasarkan menggunakan perisian intip Intellexa.

Berikut adalah senarai Zero-day yang dikaitkan dengan Intellexa sejak 2021.

Apple Dan Google Keluarkan Amaran Ancaman Siber Di 150 Negara

Intellexa, sebuah syarikat risikan siber yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat, dilaporkan masih aktif dan “terus berkembang” walaupun disekat.

Negara yang terjejas termasuk Pakistan, Kazakhstan, Angola, Mesir, Uzbekistan, Arab Saudi dan Tajikistan.

Ekoran daripada pendedahan itu, Google memaklumkan mereka telah berkongsi penyelidikan untuk meningkatkan kesedaran dan memajukan keselamatan di seluruh ekosistem.

Google juga telah menambah semua laman web dan domain yang dikenal pasti ke dalam Safe Browsing untuk melindungi pengguna daripada dieksploitasi,

Sehubungan itu, Google menggesa pengguna dan organisasi untuk segera menampal dan memastikan perisian sentiasa dikemas kini sepenuhnya bagi perlindungan penuh.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • HyperOS 3.0: Xiaomi Hampir Mendekati Pengalaman Ekosistem iOS
  • Apple Kekal Tegas, Tidak Akan Pasang Aplikasi “Sanchar Saathi”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY