Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kabel audio USB-C 3.5mm

Apple Kini Jual Kabel Audio USB-C Ke 3.5mm, Berharga RM219

Diterbitkan Mac 25, 2025 · Dikemas kini Mac 25, 2025 oleh Amalina Athman

Seiring pengumuman mengenai kemas kini AirPods Max yang menyokong audio lossless dan latensi ultra-rendah, Apple hari ini turut melancarkan kabel audio USB-C ke 3.5mm.

Kabel dua hala ini boleh digunakan dengan port audio-out dan audio-in 3.5mm, membolehkan pengguna menyambungkan fon kepala AirPods Max dengan USB-C dan Beats Studio Pro ke sumber audio 3.5mm.

kabel audio USB-C 3.5mm_2

Apabila disambungkan ke AirPods Max, kabel ini menawarkan sokongan latensi ultra-rendah, setaraf dengan pembesar suara terbina dalam peranti untuk pengalaman yang lebih optimal ketika bermain permainan atau mencipta kandungan.

Selain itu, pengguna juga boleh menyambungkan iPhone atau iPad dengan USB-C ke pembesar suara yang mempunyai port audio 3.5mm.

Apple sebelum ini menjual kabel audio Lightning ke 3.5mm, namun kini telah dihentikan. Kabel audio USB-C ke 3.5mm (1.2m) kini tersedia pada harga RM219.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Apple Malaysia Tawar AirPods 4 Edisi Istimewa Berharga RM829
  • AirPods Mungkin Akan Sokong Ciri Terjemah Bahasa Secara Langsung Tahun Ini
  • Pengguna AirPods Max Boleh Nikmati Audio 'Lossless' April Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY