Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Philips H8000E

Philips Lancar Fon Kepala Wayarles H8000E, Sokong LDAC Dengan Bateri Sehingga 70 Jam

Diterbitkan Januari 31, 2025 · Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh ariff bukhari

Philips telah memperkenalkan Philips H8000E, fon kepala wayarles baharu dalam pasaran fon kepala dengan ciri pembatalan hingar.

Antara ciri utama fon kepala over-ear ini adalah dilengkapi ANC, pilihan penyesuaian melalui aplikasi Philips Headphones, Bluetooth Auracast (sambungan Bluetooth 5.4) serta bateri tahan hingga 50 jam dengan ANC dihidupkan (70 jam tanpa ANC).

Baterinya boleh dicas sepantas 10 minit untuk mendapatkan 8 jam operasi juga boleh digantikan serta pad telinga yang boleh ditanggal.

Dari aspek kualiti bunyi, fon kepala ini dilengkapi audio Philips yang direka besar, bersalut graphene, pemacu 40 mm dan main balik audio Hi-Res (LDAC) serta keserasian AAC & LC3 serta Audio Ruangan.

H8000E juga dilengkapi 5 mikrofon termasuklah 2 mikrofon AI untuk panggilan dan empat mikrofon boleh digunakan untuk ANC.

Malah untuk pengurangan bunyi angin yang berkesan, ia disertakan lima tahap ANC yang tersedia – boleh dipilih melalui aplikasi Philip Headphones.

Philips H8000E dijadualkan akan dilancarkan pada bulan September ini tapi harga jualan rasminya belum lagi diumumkan.

Beli barisan fon kepala Philips dari stor:

  • Shopee – https://invl.io/clmb46l
  • Lazada – https://invol.co/clmb470

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Bandingkan Panjang, Lebar Dan Ketinggian Kereta Dengan Laman Sesawang Ini
  • Pesaing LEGO Kini Dilancarkan

Sumber: TP Vision, What Hi-Fi?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY