Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
road block sekatan jalan raya polis

SUHAKAM Dan PDRM Akan Bincang Isu Pemeriksaan Telefon Bimbit Orang Awam

Diterbitkan Januari 20, 2025 · Dikemas kini Januari 20, 2025 oleh ariff bukhari

Satu perjumpaan akan diadakan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pemeriksaan telefon bimbit orang awam oleh polis.

Sebelum ini telah dilaporkan tentang kenyataan Ketua Polis Negara yang menegaskan bahawa polis berhak mengambil telefon bimbit orang awam untuk diperiksa jika ada syak wasangka munasabah.

Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pula respon terhadap kenyataan itu dengan menegaskan bahawa polis tidak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit seseorang ketika sekatan jalan raya kerana ia dianggap melanggar hak asasi manusia.

“SUHAKAM menegaskan bahawa pemeriksaan telefon bimbit seseorang di sekatan jalan raya oleh pihak polis tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.”

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, telah diminta untuk memberi penerangan yang jelas dari sudut penguatkuasaan undang-undang.

“PDRM tidak boleh sama sekali menyemak telefon bimbit tanpa sebab yang kukuh. Ia mestilah berdasarkan maklumat risikan dan tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.”

Menteri itu juga menyatakan, mana-mana individu yang berasa privasi dicabul susulan tindakan berkenaan,  boleh membuat laporan agar siasatan dapat dijalankan.

Jadi, diharap apabila kedua-dua pihak duduk semeja untuk berbincang nanti akan dapat menyelesaikan serta meleraikan kekeliruan orang awam berkenaan isu tersebut.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Menteri Pengangkutan Melancarkan Aplikasi Jual Motosikal Terpakai
  • U Mobile Dijangka Lancar Rangkaian 5G Kedua Dalam 15 Hingga 18 Bulan Lagi - Vincent Tan

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY