Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rider Gate 1

Menteri Pengangkutan Melancarkan Aplikasi Jual Motosikal Terpakai

Diterbitkan Januari 20, 2025 oleh ariff bukhari

Kini anda boleh melakukan proses menjual motorsikal terpakai secara mudah secara sendiri dengan adanya aplikasi yang baru dilancarkan, Rider Gate.

Aplikasi tersebut dibangunkan oleh Ramssol Group Berhad sebagai sebuah platform yang akan memudahkan cara rakyat Malaysia membeli dan menjual motosikal terpakai.

Aplikasi tersebut telah dirasmikan oleh YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Dengan lebih 150 pengedar telah menyertai dan rancangan untuk berkembang kepada 800 pengedar serta 3,000 cawangan, aplikasi Rider Gate dijangka menjadi platform terbesar dan paling dipercayai di Malaysia, menawarkan pemindahan pemilikan yang lancar, pemeriksaan, pembiayaan, dan banyak lagi.

Rider Gate

Pada majlis pelancaran itu, Menteri Pengankutan turut memaklumkan, Kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasikan dengan sistem mySIKAP bagi urusan transaksi yang lebih mudah, pantas dan selamat.

Aplikasi Rider Gate kini tersedia untuk dimuat turun dari Google Play, HUAWEI AppGallery dan App Store.

Ketahui lebih lanjut tentang aplikasi Rider Gate dengan layari RiderGate – “Aplikasi Jual & Beli Motosikal Terpakai”.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • TLDM Bangunkan Alat Sokongan Perang Taktikal Diilhamkan Dari Insiden Sebenar
  • Imej Terbaru Dedahkan Kemungkinan Rekaan Sebenar iPhone SE 4

Sumber: Ramssol Group Berhad, BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY