Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bill Gates

Bill Gates Ramal AI Bakal Gantikan Ramai Doktor Dan Guru

Diterbitkan Mac 28, 2025 · Dikemas kini Mac 28, 2025 oleh ariff bukhari

Bill Gates menjangkakan kemajuan kecerdasan buatan (AI) akan menjadikan manusia tidak diperlukan dalam kebanyakan pekerjaan dalam tempoh 10 tahun ini.

Ia termasuklah AI diramal akan menyediakan nasihat perubatan dan pendidikan berkualiti secara percuma, sekali gus akan mengubah banyak sektor kehidupan.

Walaupun AI dapat meningkatkan kecekapan kerja, sesetengah pakar bimbang ia akan menggantikan tenaga kerja manusia secara besar-besaran.

CEO Microsoft AI, Mustafa Suleyman menyatakan AI bukan sekadar alat bantu tetapi akan mengambil alih banyak pekerjaan dalam jangka panjang.

Gates tetap optimis dengan manfaat AI, termasuk rawatan penyakit baharu, penyelesaian iklim inovatif, dan pendidikan berkualiti untuk semua.

Namun, beliau mengakui terdapat cabaran, termasuk risiko penyebaran maklumat palsu.

Beliau juga melihat AI sebagai peluang besar bagi usahawan muda dan percaya teknologi ini akan terus berkembang lebih pantas daripada jangkaan.

Bill Gates sebelum ini pernal meramal potensi AI di mana dia telah menjangkakan revolusi kecerdasan buatan (AI) hampir 10 tahun lalu.

Pada 2017, beliau menyebut pencapaian besar AI apabila Google DeepMind menewaskan manusia dalam permainan Go. Ketika itu, teknologi AI masih jauh dari model generatif seperti ChatGPT.

Beliau juga telah mencabar OpenAI untuk mencipta model yang boleh mendapat markah tertinggi pada peperiksaan Biologi AP sekolah menengah.

Menjangkakan tugas itu akan mengambil masa dua atau tiga tahun, tetapi OpenAI berjaya membangunkan model itu hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.

Beliau menganggap pencapaian ini sebagai kemajuan teknologi paling penting sejak antara muka grafik pada 1980.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Semakin Ramai Pengguna Di Malaysia Tidak Lagi Bayar Dengan Wang Tunai - Kajian
  • Grok Tersedia Di Telegram, Tapi Bukan Semua Boleh Akses

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY