Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grok Tersedia Di Telegram, Tapi Bukan Semua Boleh Akses

Grok Tersedia Di Telegram, Tapi Bukan Semua Boleh Akses

Diterbitkan Mac 27, 2025 · Dikemas kini Mac 27, 2025 oleh Amsyar Latif

xAI telah mengumumkan bahawa bot sembang kecerdasan buatan mereka, Grok, boleh diakses melalui Telegram untuk pengguna yang mempunyai langganan Telegram Premium atau X Premium.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu memastikan mereka mempunyai langganan Telegram Premium. Kemudian, mereka boleh mencari bot rasmi Grok dengan nama @GrokAI di dalam aplikasi Telegram dan memulakan perbualan.

https://x.com/grok/status/1904840863622066629

Grok boleh menjawab pelbagai soalan, berbual, dan membantu dengan tugas-tugas tertentu. Pengguna Premium diberikan had mesej yang lebih tinggi, membolehkan mereka berinteraksi dengan Grok untuk tempoh yang lebih lama berbanding pengguna biasa.

Integrasi ini membolehkan Grok memberikan jawapan yang pantas dan berguna, termasuk keupayaan untuk memeriksa fakta, sama seperti fungsinya di platform X. Pengumuman ini dibuat secara rasmi melalui saluran media sosial, dan ia menandakan langkah xAI untuk memperluaskan kebolehcapaian Grok kepada pengguna platform lain. 

Berkaitan

  • Elon Musk Perkenal AI Bernama 'Grok', Khas Untuk Pelanggan X
  • xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui
  • Grok 3 Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna Secara Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY