Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iCloud_

Storan iCloud Kekal Perkhidmatan Paling Popular Apple

Diterbitkan Ogos 22, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 22, 2024 oleh ariff bukhari

Apple terus berusaha untuk mengembangkan segmen perkhidmatannya. Dengan puluhan bilion dolar pendapatan setiap suku tahun, perkhidmatan Apple memberikan pengimbang yang diperlukan kepada jualan perkakasan yang tidak stabil.

Perkhidmatan yang tidak dijangka walaupun berharga rendah, storan iCloud berbayar terus menguasai bahagian terbesar pelanggan Apple.

Berdasarkan kaji selidik ke atas data terkumpul daripada beberapa perkhidmatan Apple yang dijalankan oleh Rakan Penyelidikan Perisikan Pengguna (CIRP) mendapati, storan iCloud berbayar dilanggan hampir dua pertiga daripada pelanggan Apple.

iCloud CIRP

Daripada carta di atas jelas menunjukkan, storan iCloud berbayar hampir tiada persaingan.

Disepadukan dengan baik merentas peranti Apple, pengguna iPhone khususnya akan digesa melanggan apabila sandaran dan penyimpanan foto serta data lain mereka melepasi ambang kapasiti percuma yang ditawar kepada bentuk langganan berbayar iCloud.

Storan iCloud Kekal Perkhidmatan Paling Popular Apple
Hrga langganan perkhidmatan storan iCloud yang Apple tawar di Malaysia.

Keadaan itu berbeza bagi perkhidmatan Apple yang lain seperti media penstriman berbayar, Apple Music dan Apple TV+ dengan masing-masing mencapai 42% dan 32% pelanggan Apple.

AppleCare pula hanya mencatatkan 17% pembeli daripada pengguna iPhone yang turut membeli perkhidmatan tersebut.

Sumber: CIRP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Saintis China Sedang Bangunkan Cakera Optik Dengan Storan 1.6 Petabit
  • Tak Perlu Padam Gambar, Apple Kata Storan iPhone 15 Dah Cukup Besar
  • Perbandingan Harga Dan Kelebihan Storan Awan Google, Apple Dan Microsoft
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY