Saintis China Sedang Bangunkan Cakera Optik Dengan Storan 1.6 Petabit

Sekumpulan penyelidik dari China kini sedang mengusahakan cakera optik yang boleh menyimpan sehingga 200 terabait atau 1.6 petabit data dalam saiz DVD.

Seperti yang dilaporkan oleh IEEE Spectrum, cakera cakera ini mungkin memiliki keupayaan menyimpan data dalam tiga dimensi dan bukannya dua dimensi.

Sebenarnya, prosedur penimpanan data seperti ini telah pun dikaji pada masa lalu.

Walau bagaimanapun, halangan utama kepada penyelidikan terdahulu adalah bahawa optik yang digunakan untuk membaca dan menulis data adalah terhad kepada saiz panjang gelombang cahaya yang mereka gunakan.

Tetapi dengan kaedah baharu, data direkodkan dalam titik hanya 54 nanometer lebar - yang sepadan dengan kira-kira sepersepuluh daripada panjang gelombang cahaya kelihatan yang digunakan untuk membaca dan menulis.

Oleh itu, varian saiz DVD akan menyediakan kira-kira 1.6 juta gigabit (200 terabait) kapasiti data.

Ini sepadan dengan 4000 kali ganda ketumpatan data cakera Blu-ray atau 24 kali ganda daripada pemacu keras paling moden.

Penyelidik tersebut ingin melihat cakera baharu mereka digunakan di pusat data besar. Jadi, mereka berusaha untuk meningkatkan kelajuan penulisan dengan kaedah baharu mereka dan penggunaan tenaga.

Pada masa ini, penyelidik mendakwa, cakera baharu itu mempunyai kelajuan penulisan kira-kira 100 milisaat.

Kapsyen: Rajah menunjukkan prinsip penulisan dan bacaan optik skala nano pada cakera AIE-DDPR kosong dan aliran kerja pengeluarannya.


Penyelidik mencadangkan ini mungkin boleh dilakukan menggunakan bahan rakaman baharu yang lebih cekap tenaga.

Penyelidik juga berkata lebih banyak lapisan dalam setiap cakera mungkin boleh dilakukan pada masa hadapan, menggunakan kanta yang lebih baik dan kurang penyimpangan dalam optik mereka.

"Penggunaan teknologi penyimpanan data optik berketumpatan ultra tinggi di pusat data besar kini boleh dilakukan," kata Min Gu, profesor kejuruteraan optik-elektrik dan komputer di Universiti Shanghai untuk Sains dan Teknologi.

Masa keseluruhan prosedur untuk mencipta cakera kosong yang dibuat menggunakan filem AIE-DDPR yang serasi dengan pengeluaran besar-besaran DVD konvensional pula boleh disiapkan dalam masa 6 minit sahaja.

Gu berkata cakera baharu ini mungkin terbukti boleh dihasilkan pada skala komersial.

Mencari perkakasan storan untuk komputer atau peranti pintar anda? Beli sahaja dari stor di:

Shopee: https://invl.io/clktmj0

Lazada: https://invol.co/clktmj6

{suggest}

Sumber: IEEE Spectrum, Nature

Berkaitan