Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zurich ev

Zurich Perkenal Pelan Insurans EV Pertama Dengan Perlindungan Bateri & Pengecas

Diterbitkan September 18, 2025 oleh Amsyar Latif

Zurich Malaysia kini menawarkan pelan baharu dinamakan Z-Driver EV Protect, insurans dan takaful yang memang direka untuk pemilik kenderaan elektrik (EV).

Pelan ini bukan sekadar melindungi kereta, tapi turut merangkumi bateri EV, pengecas dinding rumah, kabel pengecas mudah alih dan beberapa aksesori lain yang sebelum ini jarang diberi perhatian dalam insurans konvensional.

zurich ev

Dengan tambahan premium serendah RM120, pemilik EV boleh dapat perlindungan lebih menyeluruh mengikut gaya penggunaan harian mereka.

Antara manfaat utama termasuk:

  • Pengecas dinding rumah hingga RM15,000
  • Liabiliti peribadi semasa mengecas hingga RM50,000
  • Kabel pengecas mudah alih hingga RM2,000
  • Elaun ihsan insiden di stesen pengecas awam hingga RM20,000
  • Opsyen perlindungan khas untuk bateri termasuk kerosakan akibat air

Selain itu, Z-Driver EV Protect masih mengekalkan ciri asal seperti tunda tanpa had jika bateri kenderaan kehabisan kuasa.

Menariknya, Zurich juga bekerjasama dengan Gentari Green Mobility untuk meningkatkan kesedaran tentang infrastruktur pengecasan EV di Malaysia.

Buat masa ini, terdapat 13 stesen pengecas EV dengan penjenamaan Zurich di lokasi popular seperti Suria KLCC, KLCC Convention Centre, KLIA2 Gateway, The Gardens Mall dan Putrajaya Sentral.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • CATL Lancar Bateri EV Cas 10 Minit Tawar Julat 478Km, Hayat 12 Tahun
  • Kenapa 'Range Anxiety' EV Sebenarnya Tak Seteruk Yang Kita Fikir

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY