Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SSD Buatan China Mula Diguna Dalam Komputer Riba

SSD Buatan China Mula Diguna Dalam Komputer Riba

Diterbitkan Julai 7, 2026 · Dikemas kini Julai 7, 2026 oleh ariff bukhari

Permintaan tinggi terhadap RAM, SSD dan HDD akibat daripada gelombang teknologi AI pada tahun 2026 telah melonjakkan harga komponen penting itu secara mendadak.

Malah akibat permintaan tingi itu mengakibatkan pasaran storan komputer tidak cukup menampung keperluan pengguna kerana lebih menumpu kepada keperluan pusat data.

Namun, disebalik keadaan ini, ia telah membuka peluang kepada kemunculan pasaran baru.

Sebagai contoh, syarikat pengeluar storan dan memori dari China, Yangtze Memory Technologies (YMTC) kini mula menembusi pasaran global dengan membekalkan storan SSD untuk digunakan dalam model komputer riba Lenovo ThinkBook 14 G9 IPL.

Ini merupakan kali pertama produk storan China itu digunakan dalam laptop keluaran Lenovo, yang juga pengeluar PC terbesar dunia.

Walaubagaimana pun, ujian awal oleh NotebookCheck menunjukkan prestasi SSD 512 GB PCIe 4.0 ini adalah sederhana — kelajuan baca sekitar 3950 MB/s dan tulis 2514 MB/s sahaja, lebih rendah daripada purata laptop pejabat.

Namun dalam ulasan mereka untuk penggunaan umum seharian, ia masih cukup pantas pada pengguna.

Tahun 2026 dilihat sebagai titik permulaan era baharu, di mana teknologi storan buatan China mula mendapat tempat dalam pasaran global, sekali gus mencabar dominasi jenama antarabangsa.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Huawei Umum Kadar Lesen Wi-Fi 7, RM2.30 Bagi Setiap Peranti
  • Carian Cara Jailbreak PS5 Naik Mendadak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY