Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Carian Cara Jailbreak PS5 Naik Mendadak

Carian Cara Jailbreak PS5 Naik Mendadak

Diterbitkan Julai 7, 2026 · Dikemas kini Julai 7, 2026 oleh ariff bukhari

Sony baru-baru ini telah pun mengumumkan rancangan mereka untuk menghentikan pengeluaran permainan fizikal PlayStation menjelang 2028, mencetuskan kemarahan besar dalam kalangan peminat.

Ramai pemain berpendapat langkah ini menafikan hak pemilikan sebenar, kerana permainan digital mudah ditarik balik tanpa bayaran balik.

Kesannya, minat terhadap aktiviti “jailbreak” PS5 melonjak mendadak, dengan carian Google mengenai topik ini meningkat hampir 20% dalam tempoh sehari.

Carian Cara Jailbreak PS5 Naik Mendadak
Statistik Google Trends menunjukkan carian jailbreak PS5 meningkat mendadak dalam tempoh seminggu ini di Google.

Kaedah jailbreak PS5 sudah pun mula ditemui pada awal 2026 yang pada mulanya memerlukan cakera permainan Star Wars.

Kini, pelbagai teknik baharu turut muncul, terutama untuk konsol dengan firmware lama.

Ramai peminat meluahkan rasa kecewa, ada yang berikrar memboikot produk Sony, manakala sebahagian lain menganggap jailbreak sebagai cara mempertahankan hak pemilikan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Sony Tamatkan Pengeluaran Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu PlayStation Mulai Januari 2028
  • Calon Presiden Perancis Berang Sony Hentikan Produksi CD PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY