Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wifi 7

Huawei Umum Kadar Lesen Wi-Fi 7, RM2.30 Bagi Setiap Peranti

Diterbitkan Julai 6, 2026 ยท Dikemas kini Julai 7, 2026 oleh ariff bukhari

Huawei telah mengumumkan kadar royalti lesen paten bagi teknologi Wi-Fi 7 pada harga AS$0.50 (kira-kira RM2.30) bagi setiap peranti yang mematuhi standard tersebut.

Langkah ini menunjukkan komitmen Huawei dalam membina ekosistem inovasi yang sihat melalui amalan pelesenan yang adil, telus, dan konsisten.

Sebagai teknologi generasi terbaharu, Wi-Fi 7 menawarkan kelajuan jauh lebih tinggi, kependaman (latency) yang rendah, serta sambungan yang lebih stabil.

Ia bukan sekadar peningkatan rangkaian biasa, malah menjadi asas kepada fasa transformasi digital masa hadapan.

Huawei merupakan antara penyumbang utama dalam pembangunan standard Wi-Fi 7 dan memegang portfolio paten penting terbesar di dunia hasil penyelidikan selama sedekad.

Menjelang akhir 2024, teknologi Huawei telah digunakan pada lebih 1.2 bilion peranti elektronik pengguna global.

Bagi memudahkan syarikat lain, Huawei menawarkan pelesenan ini melalui perjanjian dua hala atau menerusi kumpulan paten (patent pool) Sisvel Wi-Fi Multimode.

Pendekatan ini menyediakan penyelesaian sehenti yang menjimatkan kos transaksi.

Ketua Pegawai Hartanah Intelek Huawei, Alan Fan, menyatakan bahawa model pelesenan kolaboratif ini dapat mengimbangi kepentingan pencipta teknologi dan pengeluar peranti, sekali gus memacu pertumbuhan teknologi wayarles global yang lebih cekap.

Berkaitan

  • CelcomDigi Dan Huawei Pertama Di Malaysia Tawar WiFi 7 Untuk Perniagaan
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kod QR, Inovasi Dari Krisis Kod Bar Di Kilang Toyota Yang Mengubah Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY