Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SPRM Siasat Bayaran Tender Projek 1BestariNet Bernilai RM4 Bilion

SPRM Buka Siasatan Berhubung Pelaburan Khazanah, PNB Dalam e-Dagang Fesyen Tempatan

Diterbitkan November 2, 2024 · Dikemas kini November 2, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki berkata siasatan ini penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.

SPRM turut memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional.

Di sisi yang lain, orang ramai diminta memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan ‘perbicaraan awam’ terhadap pihak terbabit.

Terdahulu, Khazanah telah memberikan penjelasan berhubung pelaburannya, yang mana ia telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam platform e-dagang fesyen tempatan berkenaan pada tahun 2018.

Menurut Khazanah, rasional pelaburannya adalah berasaskan tema e-dagang luar talian ke dalam talian (offline-to-online), serta komitmen untuk menyokong usahawan Malaysia dan syarikat pemula yang berpotensi.

Berkaitan

  • SPRM Siasat Bayaran Tender Projek 1BestariNet Bernilai RM4 Bilion
  • Tergugat Dengan TikTok, YouTube Dan Shopee Jalin Kerjasama Di Asia Tenggara
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • TikTok Malaysia Sahkan Pemberhentian Ratusan Kakitangan

Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY