Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tergugat Dengan TikTok, YouTube Dan Shopee Jalin Kerjasama Di Asia Tenggara

Tergugat Dengan TikTok, YouTube Dan Shopee Jalin Kerjasama Di Asia Tenggara

Diterbitkan September 19, 2024 ยท Dikemas kini September 19, 2024 oleh ariff bukhari

YouTube dan Shopee berkata, mereka melancarkan perkhidmatan membeli-belah dalam talian di Indonesia dan merancang untuk mengembangkannya di Asia Tenggara.

Mereka merancang untuk memperluaskan perkhidmatan itu ke Thailand dan di Vietnam dalam beberapa minggu. Beli-belah YouTube sudah pun aktif di Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Kerjasama itu dijalin ditengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dari TikTok.

Di bawah kerjasama YouTube Shopping, orang ramai akan dapat membeli barangan yang dilihat di YouTube melalui pautan ke Shopee.

Dengan YouTube Shopping, Alphabet Inc dan Shopee akan bersaing dengan TikTok, aplikasi video milik Bytedance, yang telah meningkat naik di rantau ini selepas menguasai platform e-dagang terbesar di Indonesia, Tokopedia.

Perkhidmatan beli-belah TikTok, TikTok Shop dilaporkan telah menyumbang sebanyak $16.3 bilion pada 2023 dalam nilai barangan kasar di Asia Tenggara, lonjakan hampir empat kali ganda daripada tahun sebelumnya.

Ini telah menjadikan platform itu sebagai platform e-dagang kedua terbesar di rantau ini selepas Shopee.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY