Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Sedang Menguji Ciri Baru Stories Untuk Pengguna Berpengaruh

Spotify Sedang Menguji Ciri Baru Stories Untuk Pengguna Berpengaruh

Diterbitkan Januari 22, 2020 oleh Amalina Athman

Spotify sedang menguji ciri baru yang membolehkan pengguna berpengaruh berkongsi Stories ke dalam senarai main umum mereka. Versi Spotify ini akan membolehkan pengguna memilih untuk berkongsi klip video yang mengandungi coretan lagu dan album.

Ia kelihatan seperti Stories yang dilihat pada Snapchat, Instagram dan YouTube. Walaupun terdapat sedikit persamaan, matlamat Spotify bukan untuk menjadikan aplikasi tersebut sebagai satu lagi platform media sosial.

Spotify Stories
Gambar: TechCrunch

Selain itu, ia hanya akan tersedia untuk beberapa pengguna berpengaruh seperti bintang solekan dan fesyen Youtube, Summer Mckeen yang mempunyai pengikut lebih dua juta di Youtube dan Instagram, serta 126,455 pengikut di Spotify.

Tidak jelas berapa ramai pengikut yang diperlukan dan faktor lain untuk melayakkan mereka menerima ciri Stories ini. Buat masa ini, Stories di Spotify hanya tersedia bagi aplikasi Android dan iOS sahaja. Ia boleh didapati bagi semua pengguna Spotify.

Spotify menganggap ciri Stories ini hanya ujian buat masa ini, tetapi bersedia untuk mempertimbangkan pelancaran yang lebih luas pada masa akan datang. Ia juga bukan pertama kali Spotify dilihat dengan format Stories ini.

Pada tahun lalu, Spotify dilihat menguji produk seperti Stories ini yang dipanggil Storyline yang sama seperti “Behind the Lyrics”, tetapi ia hanya membenarkan artis sahaja untuk berkongsi pandangan, inspirasi dan maklumat lain secara terus. Ia masih boleh dijumpai di Spotify pada lagu-lagu yang terpilih, namun masih tidak tersedia secara umum.

Baru-baru ini juga Spotify telah melancarkan senarai main bagi haiwan peliharaan iaitu Pet Playlist.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY