Spotify Pet Playlists - Senarai Main Untuk Kucing, Burung, Hamster, Anjing Atau Iguana

Spotify kini melancarkan senarai main (playlist) yang dibuat secara algoritma berdasarkan tabiat mendengar anda dan haiwan peliharaan yang menjadikan muzik tersebut boleh dinikmati kedua-duanya. Untuk mendapatkan senarai main bagi haiwan peliharaan anda, pergi ke laman web Spotify Pet Playlist. Ia kemudian memberi anda pilihan lima haiwan peliharaan - iguana, kucing, anjing, burung atau hamster.

Spotify Pet Playlist

Seterusnya, anda perlu menentukan beberapa ciri haiwan peliharaan seperti ia bertenaga atau santai, malu atau ramah, dan tidak peduli atau ingin tahu. Anda boleh menambah nama serta gambar haiwan peliharaan dan Spotify akan melaraskan profil anda dengan haiwan peliharaan tersebut. Setelah itu, senarai main akan tersedia dan boleh mula dimainkan.



Spotify Pet Playlist telah menentukan bahawa kucing dengan nama Meow ini menginginkan lagu dari Virgoun, Twenty2, Wan Imar, Ayu Damit dan Sam Nuhair. Senarai lagu tersebut kelihatan agak menarik, namun tidak dapat dipastikan adakah haiwan peliharaan akan menyukainya atau tidak.

Bagi haiwan peliharaan yang tiada dalam senarai, mungkin boleh mencuba dengan salah satu senarai main tersebut. Kemungkinan arnab anda menyukai senarai main untuk kucing atau sugar glider anda menyukai senarai main untuk hamster.

Sumber: The Verge, Pet Playlist