Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Audio Kualiti Tinggi Spotify Mungkin Diperkenal Sebagai ‘Add-On’ Untuk Pelan Sedia Ada

Audio Kualiti Tinggi Spotify Mungkin Diperkenal Sebagai ‘Add-On’ Untuk Pelan Sedia Ada

Diterbitkan April 17, 2024 · Dikemas kini April 17, 2024 oleh Amalina Athman

Penstriman muzik tanpa kehilangan sebarang butiran audio atau disebut sebagai lossless audio sekali lagi dilaporkan akan hadir untuk pengguna Spotify Premium.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Indonesia, Filipina Dan 9 Lagi Negara Mula Terima Ciri Video Di Spotify
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan

Untuk rekod, Spotify pada 2021 mengumumkan hasratnya untuk menawarkan pilihan premium “HiFi” yang akan memberi akses kepada katalog muzik berkualiti CD, namun sehingga kini masih belum tersedia.

Lebih tiga tahun berlalu, ciri tersebut pada asalnya dikenali “Spotify HiFi” dan kemudian dikhabarkan menjadi sebahagian daripada langganan “Supremium” yang lebih mahal. Kini, nampaknya sekali lagi strategi itu dikatakan bertukar.

Menurut pengguna Reddit, sampel kod menunjukkan bahawa “Music Pro” akan disertakan sebagai pilihan add-on dalam Spotify Premium dan bukannya dijenamakan sebagai pelan yang berbeza.

Music Pro Spotify_3

Music Pro Spotify_2

Selain lossless audio, Music Pro dijangka akan menyertakan ciri pengoptimuman fon kepala, DJ remix dan sebagainya.

Di sisi yang lain, Apple Music telah pun menawarkan muzik berkualiti tinggi, termasuk ciri lossless audio sejak Jun 2021 tanpa sebarang kos tambahan untuk langganan sedia ada.

Sumber: Reddit, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
©2026 WISER.MY