Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Premium Spotify

Indonesia, Filipina Dan 9 Lagi Negara Mula Terima Ciri Video Di Spotify

Diterbitkan Mac 14, 2024 · Dikemas kini Mac 14, 2024 oleh ariff bukhari

Platform penstriman muzik Spotify akhirnya menambah ciri video muzik pada versi aplikasi desktop, mudah alih dan TV nya—tapi hanya tersedia untuk beberapa artis dan pengguna Premium yang membayar di 9 negara terpilih.

Apabila lagu dimainkan, butang akan muncul yang berbunyi “Switch to Video”, membenarkan pengguna menghidupkan mod video muzik untuk tontonan.

Apabila selesai menonton, pengguna boleh menekan butang yang sama, “Switch to Audio.”. Pada peranti mudah alih iOS dan Android, video muzik boleh dimainkan dalam mod menegak atau landskap.

Screenshot 2024-03-14 at 9.12.16 AM

Walaupun pengumuman Spotify mencadangkan mereka akan membawa ciri ini ke lebih banyak negara, tetapi buat masa ini ia hanya tersedia untuk pelanggan Premium di UK, Jerman, Itali, Belanda, Poland, Sweden, Brazil, Colombia, Filipina, Indonesia dan Kenya sahaja sebagai sebahagian beta awam terhadnya.

Spotify juga hanya menambah video muzik untuk beberapa artis untuk bermula, dengan menyatakan bahawa Ed Sheeran, Doja Cat, Aluna, Asake dan Ice Spice mendapat ciri baharu untuk beberapa lagu mereka.

Ciri baharu ini dilihat sebagai kelebihan Spotify untuk kekal bersaing dengan platform penstriman muzik yang lain seperti Apple Music dan YouTube Music, kerana video muzik mungkin membuatkan pelanggan Spotify meluangkan lebih banyak masa pada aplikasi penstriman muziknya.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: Spotify

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
©2026 WISER.MY