Awal tahun ini, Spotify mengumumkan yang mereka bakal menawarkan penstriman muzik berkualiti tinggi HiFi kepada pengguna. Namun, tahun 2021 pun sudah hampir ke penghujungnya tetapi penawaran tersebut masih lagi tidak nampak.
Laporan terbaru mengatakan pengguna Spotify mungkin perlu menunggu sehingga tahun hadapan bagi menikmati muzik HiFi walaupun masih belum diketahui mengapa mereka terlalu lambat dalam memberikannya.
Apple pada Jun lepas telah pun menawarkan lossless audio kepada pengguna Apple Music. Menariknya lagi, tiada sebarang caj tambahan bagi menikmatinya.
Dengan ini, ia meletakkan Apple Music sedikit ke hadapan berbanding pesaing terdekatnya Spotify. Selain itu, terdapat juga ura-ura mendakwa harga langganan Spotify HiFi berbeza.
Sekiranya benar, Spotify perlu melihat kembali strategi mereka jika mahu menyaingi Apple. Kenapa perlu bayar lebih kalau ada alternatif lain yang lebih murah bukan?
Sumber: 9to5mac
Baca juga: