Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Keuntungan Spotify Meningkat, Kini Miliki 761 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan April 29, 2026 · Dikemas kini April 29, 2026 oleh ariff bukhari

Spotify dalam laporan pendapatan syarikat bagi suku pertama 2026 memaklumkan mereka kini mencatat pencapaian luar biasa dengan jumlah pengguna aktif bulanan (MAU) seramai 761 juta.

Jumlah itu meningkat 12% berbanding tahun lalu sekali gus menandakan kejayaan besar dalam usaha syarikat itu memperluas capaian globalnya.

Lebih menarik, 293 juta daripadanya ialah pelanggan Premium, menunjukkan kadar peralihan yang kukuh daripada pengguna percuma kepada pelan berbayar platform penstriman muzik itu.

Keuntungan Spotify Meningkat, Kini Miliki 761 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan
Ciri seperti Taste Profile, Prompted Playlists, SongDNA, dan About the Song telah berjaya meningkatkan interaksi pengguna dengan muzik.

Spotify berkata, pertumbuhan ini didorong oleh strategi personalisasi baharu yang menjadikan pengalaman mendengar lebih relevan dan menarik.

Spotify juga melaporkan peningkatan dalam pengaktifan semula akaun lama serta pendaftaran baharu, khususnya di pasaran utama seperti Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama, Spotify turut memaklumkan bahawa mereka merupakan peruncit dengan bayaran tertinggi di seluruh dunia di mana mereka telah membayar kepada industri muzik lebih daripada $11 bilion pada tahun 2025, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dibayar kepada hampir $70 bilion setakat suku pertama 2026 ini.

Keuntungan Spotify juga meningkat sebanyak 14% tahun ke tahun dengan Pendapatan Operasi mencecah €715 juta (~RM3.7 bilion).

Berkaitan

  • Spotify Perkenal 3 Pelan Premium Baru Di 5 Buah Negara
  • Spotify Akan Naikkan Lagi Harga Langganan Di AS
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY