Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Akan Berhentikan Sekitar 1,500 Pekerja

Spotify Perkenal 3 Pelan Premium Baru Di 5 Buah Negara

Diterbitkan November 18, 2025 oleh ariff bukhari

Spotify kini memperkenalkan tiga pelan baharu iaitu Premium Lite, Premium Standard dan Premium Platinum di 5 buah negara iaitu India, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi serta Afrika Selatan.

Untuk pelan langgana Premium Lite, ia ditawarkan pada harga ₹139 (~RM8.80) yang menawarkan akses bebas iklan dengan kualiti audio 160 kbps.

Pelan Premium Standard pula yang berharga ₹199 (~RM12.60) menambah sokongan luar talian dan kualiti audio 320 kbps.

Sementara pelan Premium Platinum yang berharga ₹299 (~RM18.90) ditawar dengan kelebihan utama termasuklah penstriman lossless, perkongsian akaun sehingga 3 pengguna, serta akses kepada ciri AI DJ dan alat penciptaan senarai main berkuasa AI.

Dengan penawaran pelan baharu ini, pelan Duo dan Family tidak lagi ditawarkan kepada pelanggan baharu di pasaran tersebut.

Strategi Spotify ini menekankan audio berkualiti tinggi dan integrasi AI dan mungkin akan mengehadkan ciri tambahan bagi pengguna yang tidak memerlukannya.

Penawaran ini adalah sebagai ujian pasaran awal yang mungkin Spotify akan turut menawarkannya secara lebih meluas kepada pengguna global.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Semua Harga Pelan Spotify Premium Di Malaysia Kini Naik RM1 Hingga RM3
  • Disney+ Di Malaysia Naik Harga Bermula 18 Disember

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY