Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Akan Berhentikan Sekitar 1,500 Pekerja

Spotify Akan Naikkan Lagi Harga Langganan Di AS

Diterbitkan Januari 21, 2026 · Dikemas kini Januari 21, 2026 oleh ariff bukhari

Spotify dilaporkan sekali lagi akan menaikkan harga langganan mereka di AS bermula Februari 2026.

Ini bermakna, Pelan Individual Premium meningkat daripada $11.99 (~RM48.60) kepada $12.99 (~52.60) sebulan.

Pelan Duo pula naik dari $17.99 (~RM72.80) kepada $18.99 (~RM76.90), dan Family dari $19.99 (~RM80.96) kepada $21.99 (~RM89.00).

Malah Pelan Student di AS juga turut naik kepada $6.99 (~RM28.30), manakala Basic Individual kekal $10.99 (~RM44.55) tanpa akses buku audio.

Seperti biasa, alasan yang diberikan Spotify berkenaan kenaikan harga langganan mereka adalah berkaitan dengan pengalaman pengguna dan manfaat kepada artis.

“Kemas kini harga sekali-sekala merentasi pasaran kami mencerminkan nilai yang diberikan oleh Spotify, membolehkan kami terus menawarkan pengalaman terbaik dan memberi manfaat kepada artis.”

Sebagai perbandingan, harga langganan Spotify di Malaysia pula berharga RM17.50/bulan untuk Premium Individual, Premiun Student RM9.50/bulan, Premium Duo berharga RM24.50/bulan dan Premium Family berharga RM27.90/bulan.

Harga tersebut adalah yang terkini selepas harga langganan Spotify di Malaysia dinaikkan pada bulan Oktober 2025 lepas.

Berkaitan

  • Semua Harga Pelan Spotify Premium Di Malaysia Kini Naik RM1 Hingga RM3
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • ASUS Sahkan Tiada Model Telefon Pintar Baharu, Fokus AI Dan Robotik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY