Spesifikasi Telefon Pintar Razer Tertiris - RAM 8GB, Dwi Kamera, Dan Bateri 4000mAh

Sepertimana yang telah dilaporkan sebelum ini, Razer dijangka tampil dengan telefon pintar pertama mereka dalam masa yang terdekat.

Melihat kepada imej acah yang tertera pada jemputan acara pelancaran, telefon pintar ini memfokuskan kepada "telefon permainan" dengan membawakan skrin paparan  IGZO bersaiz 5.72 inci. Imej senarai spesifikasi telefon ini turut tertiris di laman Reddit seperti yang anda boleh lihat dibawah.



 

Dikhabarkan, telefon pintar ini akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 835. Bakal dijana dengan RAM 8GB, ia menunjukkan Razer benar-benar mahu membawakan pengalaman permainan yang berkualiti ke dalam telefon pintar berkenaan. Disamping itu juga, ia bakal dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4ooomAh dengan keupayaan pengecasan pantas dari teknologi Qualcomm Quick Charge 4+.

 

Dibahagian kamera pula, ia dipasang dengan sistem dwi kamera 12MP  untuk sensor sudut luas dan 13MP bagi sensor zoom. Turut disertakan adalah sensori aperture f/1.75. Harga peranti ini mungkin mencecah ~$786 (~RM3327.10).

Apa-apa pun mari kita tunggu pelancaran peranti ini untuk maklumat rasmi.

Sumber: Reddit via Gizmochina