Ia dikuatkan lagi dengan laporan Razer mengambil alih syarikat pengeluar telefon pintar, Nextbit, pada awal 2017 yang lepas. Tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh Razer mengenai rancangan mereka untuk menghasillkan telefon pintar tetapi baru-baru ini, satu foto didakwa imej sebenar peranti berkenaan telah tertiris.
Jika diamati dari foto yang tertiris itu, ia direka dengan bentuk agak "petak" menyerupai model Nextbit Robin. Selain itu, turut kelihatan adalah dwi kamera utama yang terletak dibahagian penjuru kiri serta logo Razer yang terletak kemas ditengah.
Anda boleh lihat dua pasang butang berada disisi telefon itu, tetapi masih tidak diketahui fungsinya. Walaubagaimanapun, foto ini masih belum rasmi dan ia mungkin sekadar imej konsep yang tersebar ke internet. Razer dikatakan bakal mengadakan satu acara pada 1 November depan dan ramai yang berharap syarikat itu mengumumkan sesuatu yang berkaitan dengan telefon pintar ini.
Antara spesifikasi (khabar angin) yang disebut-sebut bakal hadir pada telefon pintar Razer adalah:
- Skrin paparan 5.7 inci HD
- Snapdragon 835
- RAM 8GB
- Storan dalaman 64GB
- Dwi kamera 12MP
- Kamera swafoto 8MP
Sumber: TechByte dan Lowyat.net
Berkaitan
- Qualcomm Jalin Kerjasama Bernilai $12Biliun Bersama Xiaomi, Vivo Dan OPPO
- Nokia 4.2 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM599
- Korea Selatan Capai 1 Juta Pelanggan Bagi Rangkaian 5G
- Penduduk Negeri Selangor Boleh Berkomunikasi Secara Terus Dengan Menteri Besar Melalui E-Mel
- Xiaomi Redmi 4A Dengan Storan 32GB Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM469
- Xiaomi Dilapor Membangunkan Peranti Dengan Keupayaan 120x Zoom Digital
- Samsung Berjaya Cipta Skrin Paparan Tahan Lasak Yang Tidak Mudah Pecah
- Huawei Nafi Laporan Bersedia Menjual Cip Modem 5G Kepada Apple
- Vivo Y93 Sudah Mula Dijual Dipasaran Pada Harga RM599
- Nak Menang Barangan Dari ROG? 3 Pemenang Bertuah Akan Dipilih