Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grok 4.6

Grok 4.6 Dilancarkan – Fokus Ejen AI Untuk Tugasan Kompleks, Projek Visual Dan Interaktif

Diterbitkan Ogos 13, 2026 oleh Amalina Athman

SpacexAI hari ini melancarkan Grok 4.6, model AI terbaharunya yang memfokuskan keupayaan ejen AI untuk mengendalikan tugasan lebih kompleks dan mengambil masa lebih panjang, termasuk penyelidikan, analisis maklumat, pengekodan dan pembangunan aplikasi.

Dibangunkan berasaskan Grok 4.5, model baharu ini boleh mengendalikan tugasan yang lebih panjang dan terus bekerja sehingga mencapai hasil yang diminta. Menurut SpacexAI, Grok 4.6 boleh membuat penyelidikan dalam bidang yang tidak biasa baginya, menyusun struktur aplikasi, membangunkan fungsi utama dan kemudian memperkemas hasil tersebut melalui beberapa pusingan maklum balas.

Keupayaan itu turut menjadikan Grok 4.6 lebih sesuai untuk membangunkan projek visual dan interaktif.

Sebagai contoh, apabila diberikan idea produk yang jelas, Grok 4.6 boleh menghasilkan versi pertama aplikasi yang berfungsi, termasuk menentukan struktur dan elemen visualnya. Dalam tugasan yang lebih panjang pula, SpacexAI menyatakan Grok 4.6 melakukan lebih banyak pengujian dan pengesahan kendiri dengan memeriksa hasil kerjanya sebelum meneruskan ke langkah seterusnya.

Dari segi prestasi, SpacexAI berkata Grok 4.6 mencapai tahap teratas dalam beberapa penanda aras berkaitan pengekodan berasaskan ejen dan kerja berasaskan pengetahuan.

Grok 4.6_01

Model itu turut memperoleh skor yang sama dengan GPT-5.6 Sol dalam Artificial Analysis Intelligence Index, iaitu skor gabungan daripada sembilan penanda aras. Bagaimanapun, keputusan tersebut merujuk kepada skor indeks berkenaan dan bukan bermaksud Grok 4.6 mempunyai prestasi yang sama dengan GPT-5.6 Sol dalam setiap ujian.

Untuk membangunkan Grok 4.6, SpacexAI menjalankan latihan tambahan yang lebih panjang berbanding Grok 4.5. Ia menggunakan data berkaitan penaakulan, konsep teknikal lanjutan dan kejuruteraan, selain kaedah latihan yang dipertingkatkan.

Grok 4.6 kemudiannya dilatih dengan pelbagai tugasan, termasuk kerja berasaskan pengetahuan, pengekodan umum, pengoptimuman kernel, pembangunan web dan reka bentuk berbantu komputer (CAD).

Pada masa sama, SpacexAI berkata perlindungan keselamatan Grok 4.6 turut dipertingkatkan selaras dengan keupayaan model yang lebih luas. Ia termasuk ujian pra-pelancaran, pasca-pelancaran dan penilaian pihak ketiga untuk menilai keupayaan serta perlindungan keselamatannya.

Ketersediaan

Grok 4.6 is faster than comparable models and can handle much more challenging tasks than Grok 4.5.

It's half the price of other frontier models at $2/M input and $6/M output tokens.

— SpaceXAI (@SpaceXAI) August 12, 2026

Grok 4.6 kini tersedia melalui Cursor dan Grok Build, selain boleh diakses melalui API. xAI turut menyenaraikan OpenRouter, Vercel dan Cloudflare sebagai antara rakan kongsi yang menyediakan akses kepada model tersebut.

Harga API bermula pada AS$2 (~RM8) bagi setiap sejuta token input dan AS$6 (~RM24) bagi setiap sejuta token output. SpacexAI turut menawarkan varian pantas pada harga dua kali ganda.

Untuk minggu pertama, SpacexAI memberikan 2 kali ganda penggunaan yang disertakan dalam Grok Build dan Cursor bagi membolehkan pengguna mencuba Grok 4.6.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Grok 4.5 Dilancar – Model Khusus Pengaturcaraan, Lebih Pantas Dan 90% Lebih Murah
  • Grok 4.5 Kini Tersedia Di Web, X, Android Dan iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY