Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
grok 4.5

Grok 4.5 Kini Tersedia Di Web, X, Android Dan iPhone

Diterbitkan Julai 24, 2026 oleh Amsyar Latif

xAI mengumumkan model AI terbaharunya, Grok 4.5, kini tersedia di semua platform utama termasuk grok.com, X, serta aplikasi Grok untuk Android dan iPhone.

Menurut xAI, Grok 4.5 merupakan model AI paling berkeupayaan yang dibangunkan setakat ini. Model tersebut dikatakan mampu memahami konteks soalan dengan lebih baik, mengekalkan perbualan yang lebih panjang serta memberikan jawapan yang lebih jelas dan konsisten.

Selain menjawab pertanyaan harian, Grok 4.5 turut direka untuk membantu pelbagai tugasan seperti membuat perbandingan sebelum pembelian, merancang perjalanan, menerangkan topik yang kompleks dan menjalankan penyelidikan dengan lebih pantas.

Bagi tugasan produktiviti, Grok 4.5 juga boleh menghasilkan hamparan elektronik (spreadsheet), menyediakan slaid pembentangan lengkap dengan rajah, menulis dokumen serta merumuskan kandungan fail PDF yang panjang terus daripada aplikasi Grok.

xAI turut memaklumkan bahawa Grok kini boleh digunakan secara terus dalam Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan Outlook menerusi add-in Microsoft 365 yang disediakan, sekali gus memudahkan pengguna memanfaatkan keupayaan AI ketika bekerja.

Dengan pelaksanaan ini, Grok 4.5 kini menjadi model AI yang menguasakan pengalaman pengguna merentas semua platform Grok tanpa memerlukan aplikasi atau versi berasingan.

Berkaitan

  • Pengguna X Kini Boleh Halang Grok Ubah Suai Imej, Tapi Masih Ada Hadnya
  • Grok 4.5 Dilancar – Model Khusus Pengaturcaraan, Lebih Pantas Dan 90% Lebih Murah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
©2026 WISER.MY