Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Starlink Akan Tawar Internet Satelit Di Malaysia

‘Scammer’ Sasar Pengguna Starlink, Ini Cara Elak Jadi Mangsa

Diterbitkan Februari 25, 2025 ยท Dikemas kini Februari 25, 2025 oleh ariff bukhari

SpaceX baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pengguna Starlink mengenai peningkatan kes penipuan yang menyasarkan pelanggan mereka.

Ia selepas terdapat laporan oleh pengguna Starlink yang melaporkan mereka menerima mesej teks dan e-mel daripada “Starlink Team 2024.”

starlink scam
Kredit: Facebook/Brian Kepp.

Penipu menggunakan pelbagai taktik, termasuk laman web palsu, pancingan data e-mel, dan mesej teks dengan menyamar sebagai komunikasi rasmi daripada Starlink.

Starlink menegaskan bahawa mereka tidak menjual pelan perkhidmatan berbilang bulan prabayar melalui telefon atau melalui laman sesawang luaran.

E-mel rasmi yang digunakan syarikat itu juga hanyalah menggunakan domain e-mel “@starlink.com” sahaja tanpa sebarang variasi yang lain.

Starlink juga menyatakan bahawa pihak mereka tidak akan meminta pelangganya berkongsi maklumat peribadi dalam teks atau e-mel atau melalui telefon.

Cara mengetahui sama ada mesej daripada Starlink adalah semua maklumat yang diperlukan untuk akaun Starlink pelanggan mereka hanya boleh dimasukkan di laman rasmi starlink.com atau aplikasi rasmi iOS dan Android. Ini termasuklah:

  • Nombor kad kredit atau debit. Starlink tidak memerlukan nombor PIN kad debit 4 digit anda.
  • Butiran akaun bank.
  • Maklumat log masuk Starlink.
  • Nombor Keselamatan Sosial atau maklumat peribadi yang sensitif.
  • Kami tidak akan meminta bayaran melalui vendor atau laman web pihak ketiga.

Jadi kepada pelanggan Starlink, anda jangan klik pada sebarang pautan atau balas sebarang mesej. Hapuskan e-mel atau teks dan sekat penghantar tersebut.

Untuk mengesahkan kesahihan e-mel atau teks, anda boleh log masuk ke akaun anda terus di starlink.com/account atau hubungi Starlink.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Firma Penyedia Telekomunikasi Sarawak Kini Pengedar Sah Starlink
  • SNS Network Sedang Buat Promosi Kit Starlink, Serendah RM1,280

Sumber: PCMag, Pusat Bantuan Starlink

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
©2026 WISER.MY