Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Lagi Internet Pantas Tanpa Had, Starlink Mungkin Perkenalkan Had Data

Firma Penyedia Telekomunikasi Sarawak Kini Pengedar Sah Starlink

Diterbitkan Februari 10, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat penyedia telekomunikasi yang berpangkalan di Sarawak, Reach Ten Communication Sdn Bhd (Reach Ten), telah dilantik sebagai penjual sah Starlink melalui perjanjian dengan SpaceX.

Pelantikan ini membolehkan Reach Ten menawarkan perkakasan dan perkhidmatan jalur lebar satelit Starlink di Malaysia dan rantau ini, melengkapkan perkhidmatan satelit sedia ada mereka.

Pengarah urusannya, Leo Chin menyatakan bahawa kerjasama ini akan membantu menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 3% penduduk Malaysia yang masih tidak mempunyai akses kepada rangkaian darat.

Reach Ten kini menyediakan perkhidmatan jalur lebar satelit di lebih 1,200 lokasi di Malaysia dan berperanan dalam usaha kerajaan Sarawak merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

Sebagai penjual rasmi Starlink, Reach Ten akan memperluaskan perkhidmatannya ke sektor maritim, minyak dan gas luar pesisir, serta Internet Kebendaan (IoT).

Integrasi Starlink sejajar dengan inisiatif nasional seperti Jalinan Digital Negara (Jendela) serta program Saluran dan Smart Sarawak, yang bertujuan mencapai liputan internet 100% di seluruh negara.

Berkaitan

  • Kit Dan Aksesori Starlink Kini Boleh Dibeli Dari GLOO Dan iTworld, Diskaun Sebanyak 50%
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • TMT Kini Pengedar Sah Starlink Di Malaysia

Sumber: Borneo Post Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
©2026 WISER.MY