SNS Network kini menawarkan promosi bagi Starlink Standard Kit V4 dan Starlink Flat High-Performance Kit, dua penyelesaian internet satelit berkelajuan tinggi yang direka untuk individu dan perniagaan di kawasan yang sukar mendapatkan akses internet konvensional.
Starlink Standard Kit V4 direka untuk kegunaan kediaman dan perniagaan kecil, memberikan akses internet berkelajuan tinggi dengan pemasangan yang mudah.
Kit ini sesuai untuk kegunaan harian seperti bekerja dari rumah, penstriman video, dan komunikasi dalam talian. Ia merupakan Internet satelit berkelajuan tinggi dengan latensi rendah. Malah, reka bentuknya juga kompak dan mudah dibawa.
Harga dan promosi standard kit V4
- Harga promosi: RM1,280 (Harga asal RM1,600)
- Promosi sah hingga 21 Februari 2025
- Langganan bulanan diperlukan secara berasingan
Kit ini merangkumi piring satelit Starlink, Wi-Fi router, bekalan kuasa, kabel, dan tripod pemasangan. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan langganan internet, pengguna boleh merujuk ke laman rasmi Starlink.
Bagi pengguna dengan keperluan Internet yang lebih tinggi, Starlink Flat High-Performance Kit menawarkan prestasi lebih baik. Direka khas untuk perniagaan, tapak industri, kenderaan bergerak, dan penggunaan maritim, kit ini memberikan sambungan konsisten walaupun dalam persekitaran mencabar.
Kit ini lebih pantas dan kapasiti jalur lebarnya lebih tinggi. Ia juga sesuai untuk kenderaan, kapal dan lokasi terpencil.
Harga dan promosi Flat High-Performance kit
- Harga promosi: RM6,600 (Harga asal RM11,613)
- Promosi sah hingga 28 Februari 2025
- Langganan bulanan diperlukan secara berasingan
Set ini termasuk piring satelit Starlink, bekalan kuasa, kabel, dan tripod pemasangan. Pengguna yang memerlukan sambungan lebih kukuh dalam persekitaran lasak boleh mendapatkan kit ini dengan promosi terhad dari SNS Network.
Bagi yang berminat, kedua-dua model Starlink Standard Kit V4 dan Starlink Flat High-Performance Kit boleh didapati di rangkaian SNS Network melalui platform berikut:
Pembelian dalam talian:
- GLOO: Starlink Standard Kit V4 | Starlink Flat High-Performance Kit
- iTworld: Starlink Standard Kit V4 | Starlink Flat High-Performance Kit
Cawangan Fizikal:
-
- SNS Network Ipoh Showroom (HQ) – Lokasi
- Cawangan iTworld & GLOO – Cari cawangan terdekat
{suggest}
Sumber: Siaran media SNS