Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sooka Rai Ulang Tahun Pertama Di Malaysia, Tawar Pelan VIP TV Baharu Untuk Smart TV

sooka Rai Ulang Tahun Pertama Di Malaysia, Tawar Pelan VIP TV Baharu Untuk Smart TV

Diterbitkan Jun 24, 2022 oleh ariff bukhari

Aplikasi penstriman hiburan tempatan yang semakin meningkat naik di Malaysia, sooka telah meraikan ulang tahun pertamanya di Malaysia semalam.

Sempena sambutan bertemakan ‘sooka Dah Besar Sekarang’, mereka melancarkan sooka VIP TV serta turut memperkenalkan siri Original kedua mereka berjudul Hantu Raya Pergi Perang.

sooka Rai Ulang Tahun Pertama Di Malaysia, Tawar Pelan VIP TV Baharu Untuk Smart TV

sooka memaklumkan, mereka kini mempunyai kira-kira 71% pelanggan yang menikmati kandungan menerusi peranti mudah alih.

Jadi menerusi pelancaran sooka VIP TV, mereka berharap akan dapat menjangkau lebih ramai penonton yang memilih untuk mengstrim kandungan kegemaran pada TV Pintar mereka.

Pelan langganan sooka VIP TV diwujudkan dengan kerjasama Samsung, LG, Sharp dan Sony, di mana pengguna boleh memuat turun aplikasi sooka dari model Smart TV terpilih daripada jenama-jenama ini.

Pelan langganan sooka terdiri daripada VIP Entertainment, VIP+Sports dan VIP TV, masing-masing pada harga RM15.90, RM41.90 dan RM84.90 sebulan.

sooka Rai Ulang Tahun Pertama Di Malaysia, Tawar Pelan VIP TV Baharu Untuk Smart TV

Pada harga langganan RM84.90 sebulan, sooka menawarkan promosi berterusan ‘Beli 1 bulan, Percuma 1 bulan’ yang akan berakhir pada 15 Julai 2022, di mana pelanggan sooka VIP TV akan menerima langganan percuma pada bulan kedua.

Langganan pelan sooka VIP TV ini turut membuka akses kepada semua kandungan premium di bawah pelan VIP+Sports dan VIP Entertainment, untuk tontonan serentak satu Smart TV serta dua log masuk peranti mudah alih.

Sumber: Media sooka

Baca juga:

  • Netflix Sengsara, Lebih Banyak Kehilangan Pelanggan Jangka Panjang
  • Ujian Caj Tambahan Perkongsian Akaun Netflix Dilaporkan Hanya Timbul Kekeliruan
  • Netflix Hilang Lebih 200,000 Pelanggan Pertama Kali Dalam 10 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY