Netflix Hilang Lebih 200,000 Pelanggan Pertama Kali Dalam 10 Tahun

Syarikat penstriman digital terkenal, Netflix telah mengeluarkan kenyataan dan statistik rasmi mereka untuk suku pertama tahun ini.

Dalam rekod tersebut, Netflix mencatatkan kehilangan pelanggan lebih 200,000 berbanding suku sebelumnya. Ini kali pertama berlaku selepas 10 tahun.

Ini telah menyimpang daripada sasaran asal mereka iaitu 2.5 juta pelanggan untuk suku pertama 2022. Penghentian perkhidmatan mereka di Rusia sahaja telah mengakibatkan kehilangan sekitar 700,000 pelanggan.

Selain daripada menyalahkan pengguna yang berkongsi akaun, Netflix mengatakan antara faktor yang mempengaruhinya ialah pesaing seperti Hulu, Amazon dan YouTube.

pesaing netflix, hilang pelanggan Kapsyen: Sumber: Netflix


Di Amerika Syarikat dan Kanada pula, antara punca mereka pelanggan mula melarikan diri ialah peningkatan harganya.

Bulan lepas, Netflix mengumumkan mereka sedang melaksanakan caj tambahan bagi pengguna yang berkongsi akaun dengan pengguna luar isi rumah namun terhad di beberapa negara.

Ia jelas tidak mendapat reaksi positif daripada pengguna seluruh dunia yang sudah lama selesa berkongsi akaun dengan cara tersebut.

Dalam kenyataan sama, Netflix mengunjurkan mereka akan kehilangan lagi 2 juta pengguna dalam suku kedua.

Sumber: Netflix

Baca juga: