Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PS5 label notis disc 2028_01_EDIT FROM original photo AFP

Sony Mula Paparkan Label Pada Kotak PS5 – Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu Akan Tamat Pada 2028

Diterbitkan Ogos 10, 2026 · Dikemas kini Ogos 11, 2026 oleh Amalina Athman

Sony nampaknya semakin jelas dengan perancangan untuk membawa PlayStation ke arah masa depan serba digital apabila label yang memaparkan notis mengenai pengakhiran permainan fizikal mula muncul pada kotak konsol PlayStation 5.

Perkara ini pada awalnya dikongsikan oleh akaun Behind The Games di platform X, yang menunjukkan kotak PS5 dengan label “IMPORTANT NOTICE” bersama penerangan mengenai perubahan yang akan berlaku pada Januari 2028.

Menurut notis tersebut, “Mulai Januari 2028, permainan baharu yang dikeluarkan untuk PlayStation akan tersedia untuk dibeli di PlayStation Store dan melalui peruncit dalam format digital sahaja“. Ia turut menjelaskan cakera permainan yang dikeluarkan sebelum Januari 2028 masih boleh dimainkan pada konsol berkenaan.

⚠️ Ya están empezando a llegar remesas de consolas PS5 a las tiendas con este mensaje en la caja:

AVISO IMPORTANTE: A partir de enero de 2028, los nuevos lanzamientos de juegos para PlayStation estarán disponibles para su compra en PlayStation Store y a través de minoristas… pic.twitter.com/E7dpJSnFb2

— Behind the Games (@BehindTGames) August 5, 2026

Ya están llegando a los almacenes de algunas tiendas las primeras PS5 con esta advertencia en la caja, y os dejo las pruebas en vídeo. Muy pronto empezaréis a verlas en los establecimientos.

👇🏻Más información en el link abajo👇🏻 pic.twitter.com/BpYgOXgdx0

— Behind the Games (@BehindTGames) August 6, 2026

Perkara yang sama kini turut dapat dilihat pada halaman produk PS5 di Amazon, apabila gambar produk berkenaan menunjukkan kotak PS5 dengan label tersebut. Ini memberikan satu lagi contoh bahawa notis berkenaan sudah mula muncul bersama produk yang ditawarkan kepada pembeli.

Sony PS5 label notis disc 2028_
Label notis pada kotak PS5 yang dipaparkan di PlayStation Store di laman Amazon.

Di Malaysia pula, Sony Store Online Malaysia turut menyenaraikan notis yang sama pada halaman produk PS5. Walaupun gambar kotak yang dipaparkan di laman tersebut masih belum menunjukkan label berkenaan, maklumat mengenai perubahan itu sudah dinyatakan dalam penerangan produknya.

Sony Mula Paparkan Label Pada Kotak PS5 – Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu Akan Tamat Pada 2028
Notis yang dipaparkan di laman rasmi Sony Malaysia.

Kehadiran notis tersebut pada kotak dan halaman produk selari dengan pengumuman Sony sebelum ini, apabila syarikat itu mengesahkan bahawa pengeluaran cakera fizikal untuk permainan baharu akan dihentikan mulai Januari 2028.

Baru-baru ini, Sony menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas pertimbangan yang teliti dan syarikat akan meneruskan peralihan itu secara berhati-hati. Ketua Pegawai Kewangan Sony, Lin Tao, berkata peningkatan penggunaan kandungan digital menjadi faktor terbesar di sebalik keputusan tersebut.

Dalam masa sama, Sony mengakui pengumuman itu menerima pelbagai reaksi daripada komuniti pemain dan berkata pihaknya memahami sentimen terhadap permainan dalam bentuk fizikal. Syarikat itu turut menyatakan akan terus mencari kaedah terbaik untuk memastikan pengalaman bermain kekal memenuhi keperluan komuniti PlayStation ketika membangunkan ekosistem digital pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Sony Naikkan Harga PS5 Di Malaysia Bermula Mei - Kini Dari RM2,499
  • Sony Tamatkan Pengeluaran Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu PlayStation Mulai Januari 2028
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • “Akan Teruskan Peralihan Secara Berhati-Hati” - Sony Kekal Dengan Keputusan Hentikan Pengeluaran Cakera PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY