Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Malaysia Beri Kad Touch n’ Go Bernilai RM100 Untuk Pembelian Xperia XZ1

Sony Malaysia Beri Kad Touch n’ Go Bernilai RM100 Untuk Pembelian Xperia XZ1

Diterbitkan Februari 1, 2018 · Dikemas kini Februari 1, 2018 oleh Helmi Samsuri

Perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelma tidak lama lagi dan tentunya anda sudah bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bersempena dengan bulan perayaan ini, Sony Malaysia tidak ketinggalan untuk memberikan hadiah menarik kepada bakal pembeli Sony Xperia XZ1.

Sony Malaysia Beri Kad Touch n’ Go Bernilai RM100 Untuk Pembelian Xperia XZ1

Bagi setiap pembelian Xperia XZ1, pembeli akan menerima aksesori berupa transparent case, pelindung skrin, lanjutan waranti selama satu tahun, dan terbaru adalah kad Touch n’ Go edisi istimewa yang bernilai RM100.

Telefon pintar Sony Xperia XZ1 dilengkapi dengan keupayaan rakaman 3D dikenali sebagai 3D Scan yang membolehkan anda mengambil gambar secara 3D. Antara spesifikasi lain Sony Xperia XZ1 adalah seperti berikut:

  • Skrin paparan 5.2 inci dengan sokongan HDR
  • Android Oreo 8.0
  • Cip pemproses Snapdragon 835
  • RAM 4 GB
  • Storan dalaman 64GB
  • Pensijilan IP68 – Kalis air dan habuk
  • Pengimbas cap jari pada sisi, berhampiran butang kuasa
  • Kamera utama 19MP dan berupaya merakam gerak perlahan pada kadar 960fps.
  • Kamera selfie 13 MP

Pembelian boleh dibuat di pengedar sah Sony diseluruh Malaysia. Klik cari lokasi pengedar terdekat.

Sumber: Sony Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY