Sony Xperia XZ1 Dan XA1 Plus Sudah Rasmi Mendarat Untuk Pasaran Malaysia

Beberapa hari yang sudah, Sony Malaysia dengan rasminya membawakan dua buah model baru ke dalam pasaran negara.

Model yang dilancarkan itu adalah Sony Xperia XZ1 dan XA1 Plus yang mana ia akan dioperasikan dengan sistem operasi terbaru, Android Oreo 8.0.

Tumpuan harus diberikan kepada XZ1 yang dilengkapi dengan keupayaan rakaman 3D dikenali sebagai 3D Scan yang membolehkan anda mengambil gambar secara 3D. Antara spesifikasi lain Sony Xperia XZ1 adalah seperti berikut:

  • Skrin paparan 5.2 inci dengan sokongan HDR

  • Android Oreo 8.0

  • Cip pemproses Snapdragon 835

  • RAM 4 GB

  • Storan dalaman 64GB

  • Pensijilan IP68 - Kalis air dan habuk

  • Pengimbas cap jari pada sisi, berhampiran butang kuasa

  • Kamera utama 19MP dan berupaya merakam gerak perlahan pada kadar 960fps.

  • Kamera selfie 13 MP




XA1 Plus dirasmikan sebagai model kelas pertengahan yang menampilkan ciri-ciri yang tidak kurang hebatnya dengan telefon pintar yang lain. Berikut adalah spesifikasi model ini.

  • Skrin paparan penuh berdefinisi tinggi 5.5 inci

  • Android Nougat

  • Cip pemproses Helio P20

  • RAM 4GB

  • Storan dalaman 32GB

  • Bateri berkapasiti 3430mAh dengan teknologi pengecasan Qnovo

  • Bluetooth 4.2

  • Kamera utama 23MP dan kamera selfie 8MP




Masing-masing akan didagangkan pada harga (XA1Plus) RM1499 dan (XZ1)RM2999.

Kredit Foto: Lowyat.net