Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Giat Jadikan Telefon Pintar Xperia Lebih Mesra OKU

Sony Giat Jadikan Telefon Pintar Xperia Lebih Mesra OKU

Diterbitkan November 13, 2025 · Dikemas kini November 13, 2025 oleh ariff bukhari

Sony Xperia kini tampil lebih inklusif dengan pelbagai ciri aksesibiliti yang direka khas untuk membantu pengguna dengan pelbagai keperluan.

Fokus utama adalah pada tiga aspek berikut bagi menjadikan komunikasi lebih mudah dan selesa untuk semua khususnya bagi mereka yang kurang upaya dengan membangunkan ciri:

  • Bantuan Penglihatan (Vision Assist),
  • Bantuan Pendengaran (Hearing Assist) dan;
  • Bantuan Tindakan (Action Assist)
Sony Giat Jadikan Telefon Pintar Xperia Lebih Mesra OKU
Sight World, acara tahunan untuk golongan cacat penglihatan telah pun di Tokyo pada Oktober lalu dengan menampilkan inovasi baharu daripada Xperia. Antara penambahbaikan yang menarik perhatian pengunjung ialah tolok aras kamera yang lebih mesra pengguna dan fungsi Sunlight Vision, yang meningkatkan keterlihatan di bawah cahaya matahari terang.
Sony Giat Jadikan Telefon Pintar Xperia Lebih Mesra OKU
Sony Giat Jadikan Telefon Pintar Xperia Lebih Mesra OKU

Bagi pengguna yang kurang penglihatan, Vision Assist membolehkan kandungan diubah suai agar lebih jelas atau ditukar kepada audio.

Contohnya, aplikasi kamera Xperia kini boleh mengeluarkan bunyi apabila telefon condong, membantu pengguna mengambil gambar lurus.

Paparan juga boleh dibesarkan, teks diboldkan dan warna disesuaikan untuk penglihatan optimum.

Sony Giat Jadikan Telefon Pintar Xperia Lebih Mesra OKU
Dengan aplikasi kamera terbaru, pengguna OKU boleh memilih untuk memainkan bunyi apabila kamera Xperia condong ke satu sisi atau sisi lain. Jadi, seseorang yang buta atau mempunyai penglihatan rendah boleh mengambil gambar yang lurus. Sony juga telah mengemas kini antaramuka pengguna untuk memudahkan penggunaannya.

Hearing Assist pula menyokong pengguna yang kurang pendengaran melalui ciri seperti Live Transcribe yang menukar suara kepada teks secara langsung, serta Sound Notifications yang memberi amaran apabila bunyi penting seperti loceng atau tangisan bayi dikesan.

Sony Giat Jadikan Telefon Pintar Xperia Lebih Mesra OKU

Sementara Action Assist memudahkan operasi telefon dengan menu ikon besar dan kawalan pintar seperti menjawab panggilan hanya dengan mengangkat telefon ke telinga.

Google Assistant turut disertakan untuk membantu tugasan harian melalui arahan suara.

Sony Giat Jadikan Telefon Pintar Xperia Lebih Mesra OKU

Sony memaklumkan, mereka turut menjalankan latihan yang dipanggil “Dialog in the Dark” untuk meningkatkan kesedaran staf mereka tentang cabaran sebenar pengguna kurang upaya.

Sony Giat Jadikan Telefon Pintar Xperia Lebih Mesra OKU
Melalui kerjasama dengan Sony/Taiyo dan maklum balas pengguna, Xperia terus ditambah baik demi pengalaman yang lebih inklusif.

Dengan komitmen ini, Sony Xperia bukan sekadar telefon pintar. Ia adalah alat komunikasi sejagat yang meraikan kepelbagaian dan keperluan setiap individu.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Sony Xperia 10 VII Kini Di Malaysia, Harga RM2,199
  • nubia Neo 3 GT 5G Edisi Terhad Kini Di Malaysia, Hanya 500 Unit Sahaja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY