Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cover Poster

nubia Neo 3 GT 5G Edisi Terhad Kini Di Malaysia, Hanya 500 Unit Sahaja

Diterbitkan November 13, 2025 oleh ainabatrisyia

ZTE nubia baru sahaja melancarkan nubia Neo 3 GT 5G dengan edisi khas. nubia Neo 3 GT 5G White Hailstone edisi terhad dilancarkan bersempena dengan kolaborasi nubia bersama Free Fire, direka khas untuk para gamers dan collectors.

nubia Neo 3 GT White Hailstone Design

Rekaannya diinspirasikan oleh permukaan ais dan tekstur kristal dengan kemasan matte yang tahan cap jari sambil mengekalkan sentuhan yang lancar serta menampilkan visual yang menawan.

Phone Packaging

Kotaknya juga direka khas, dengan rekaan grafik eksklusif dan elemen koleksi istimewa untuk meraikan kolaborasi ini.

Launch visual

Sempena pelancaran ini juga, pembeli terawal nubia Neo 3 GT 5G White Hailstone boleh nikmati rebat Early Bird bernilai RM200 hanya pada November 2025.

Free Gift Set

Setiap pembelian akan disertakan bersama hadiah percuma bernilai RM299, terhad kepada 500 unit sahaja:

  • Gamepad
  • Demi Badge Eksklusif
  • Sarung Telefon

Didatangkan dengan Unisoc T9100 6nm 5G Processor untuk prestasi gaming yang memuaskan. Ia menjanjikan respons yang pantas, perjalanan permainan yang lancar dan suhu yang kekal stabil.

120Hz OLED

Digandingkan dengan 120Hz OLED Gaming Display untuk menawarkan sentuhan skrin yang lancar bagi meningkatkan lagi pengalaman pemain.

Bagi mengekalkan prestasi yang stabil pula, nubia Neo 3 GT 5G ini didatangkan bersama sistem penyejukan VC seluas 4083 milimeter persegi yang mampu menstabilkan suhu semasa sesi gaming yang panjang.

Pemain dapat bermain secara berterusan tanpa gangguan dengan bateri berkapasiti 6000mAh serta 80W pengecasan pantas. Mod pengecasan pintas pintar turut membekalkan kuasa terus kepada peranti semasa bermain game, membantu mengekalkan suhu rendah serta melindungi kesihatan bateri.

AI Real-time translation, AI Photography dan AI Conversation Translate menjadikan peranti ini lebih praktikal. Hadir dengan sistem kamera AI 50MP, mampu mendapatkan gambar yang tajam dan jelas. Terdapat juga stereo DTS:X Ultra sound untuk menghasilkan audio dengan kualiti terbaik.

nubia Neo 3 GT 5G White Hailstone edisi terhad ini akan berada di pasaran secara rasmi pada 13 November 2025 dengan hanya 500 unit, eksklusif dengan reka bentuk bertemakan Free Fire. Daptkannya di Stor Rasmi nubia Malaysia di platform Shopee atau cawangan rasmi nubia di IOI City Mall, IOI Puchong dan Lowyat Plaza.

Berkaitan

  • nubia V70 Max Kini Di Malaysia - Telefon Tahan Lasak, Bateri 6000mAh Berharga RM399
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Alternatif iPhone Air Dah Tiba, Nubia Air Hanya RM899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY