Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Dilapor Sudah Lama Rancang Tinggalkan Cakera PlayStation

Sony Dilapor Sudah Lama Rancang Tinggalkan Cakera PlayStation

Diterbitkan Julai 3, 2026 · Dikemas kini Julai 3, 2026 oleh Amalina Athman

Sony dilaporkan telah lama bersedia untuk mengurangkan pergantungan kepada cakera fizikal apabila kilang miliknya yang menghasilkan cakera PlayStation kini sedang beralih kepada pengeluaran mikrolensa optik.

Menurut laporan The Verge yang memetik sumber ORF Salzburg, Presiden Sony DADC Dietmar Tanzer berkata kilang syarikat di Thalgau, Austria, yang kini menghasilkan kira-kira 600,000 cakera setiap hari dengan separuh daripadanya merupakan cakera PlayStation, dijangka hanya mengeluarkan sekitar 10% daripada jumlah tersebut menjelang 2028.

Susulan itu, kesemua 300 pekerja di fasiliti berkenaan akan dilatih semula untuk menghasilkan mikrolensa optik.

Peralihan itu sebenarnya bukan sesuatu yang berlaku secara mengejut. Sony dilaporkan telah memulakan pengeluaran mikrolensa di kilang sama sejak sekurang-kurangnya Disember 2024 dan turut melaburkan sekitar €30 juta (~RM139.78 juta) bagi memperluaskan pengeluarannya. Pengeluaran secara besar-besaran dijangka bermula seawal tahun hadapan.

Kilang di Thalgau juga mempunyai kepentingan tersendiri kerana ia merupakan ibu pejabat bahagian pembuatan cakera Sony DADC dan dipercayai satu-satunya fasiliti pembuatan cakera yang masih dimiliki sepenuhnya oleh Sony. Sebelum ini, Sony pernah mengendalikan kilang di Amerika Syarikat, namun operasi di New Jersey ditutup pada 2011 manakala pengeluaran dari Indiana dipindahkan ke Austria pada 2022.

Sebagai rujukan, mikrolensa secara teorinya digunakan dalam pelbagai aplikasi baharu yang memerlukan kawalan pembiasan cahaya, termasuk set kepala dan industri automotif.

Kesemua perkembangan ini menunjukkan keputusan Sony untuk menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan baharu PlayStation bukanlah dibuat secara tergesa-gesa dan berkemungkinan besar tidak akan berubah walaupun menerima reaksi negatif daripada sebahagian pengguna.

Berdasarkan laman web Sony DADC, syarikat itu telah menghasilkan lebih 23 bilion cakera sejak 1983, namun kini pelaburan baharu syarikat lebih tertumpu kepada teknologi optik berbanding pembuatan cakera permainan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pra-Tempah GTA 6 Bermula Tengah Malam Ini – Versi Fizikal Hanya Guna Kod Muat Turun
  • Sony Tamatkan Pengeluaran Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu PlayStation Mulai Januari 2028
  • Data FY2025 Tunjuk Jualan Digital Game Sony Lebih Menguntungkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY