Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Android Mula Terima 3 Ciri Keselamatan Dan Hiburan Baharu

Pengguna Android Mula Terima 3 Ciri Keselamatan Dan Hiburan Baharu

Diterbitkan Mac 7, 2025 · Dikemas kini Mac 7, 2025 oleh ariff bukhari

Google baru-baru ini mengumumkan beberapa ciri baharu pada sistem operasi Android yang bertujuan membantu pengguna kekal terhubung serta lebih selamat ketika menggunakan telefon pintar.

Ciri terbaru ini diperkenalkan untuk servis Google Messages, Find My Device, dan Android Auto.

Terima amaran penipuan untuk perbualan mencurigakan

Google Messages kini boleh sekat dan melaporkan mesej penipuan atau teks mencurigakan pada masa nyata dengan bantuan AI yang memacu ciri keselamatan Scam Detection.

Ini membolehkan pengguna mengenal pasti mesej yang pada mulanya kelihatan tidak berbahaya, tetapi boleh menjadi berbahaya dari masa ke masa.

Jika Google Messages mengesyaki satu penipuan, anda akan menerima amaran masa nyata untuk memudahkan anda menyekat dan melaporkan perbualan tersebut.

Pixel 9 Pro_Scam Detection – Google Messages

Cari rakan dan keluarga lebih mudah dengan perkongsian lokasi masa nyata

Perkongsian lokasi secara masa nyata melalui aplikasi Find My Device membolehkan anda memantau lokasi rakan dan keluarga dengan mudah, memberikan kemudahan dan rasa selamat.

Ciri ini amat berguna untuk pertemuan, perjalanan bagi memastikan keselamatan orang tersayang.

Perkongsian lokasi masa nyata memaparkan lokasi rakan anda dalam  peta.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/03/07112249/30_Friends_Family_Finding_ThinLine_1x1_946VZfD.mp4

Anda mempunyai kawalan sepenuhnya untuk menentukan siapa yang boleh melihat lokasi anda dan untuk tempoh berapa lama.

Kekal terhibur dengan lebih banyak aplikasi permainan di Android Auto

Muat turun  permainan ke peranti mudah alih anda untuk mengaksesnya di Android Auto semasa menunggu dalam kereta.

Kini anda boleh menggunakan skrin kereta anda semasa berhenti untuk bermain permainan seperti Farm Heroes Saga, Candy Crush Soda Saga, Angry Birds 2 dan Beach Buggy Racing.

play while park
Senarai permainan yang menyokong ciri ini setakat ini.
android auto game

Kesemua ciri baharu ini sudah mula ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna peranti Android yang menyokongnya.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • TV Samsung 2025 Dilengkapi Teknologi Audio 3D Dibangunkan Google
  • Google Search Kini Lebih Pintar Dengan 'AI Mode'

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY