Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony, AFP

Sony Dan 13 Syarikat Antarabangsa Wujudkan Rantaian Bekalan Lestari Plastik

Diterbitkan Februari 13, 2026 · Dikemas kini Februari 13, 2026 oleh ariff bukhari

Sony bersama 13 syarikat antarabangsa telah menubuhkan rantaian bekalan global pertama untuk plastik boleh diperbaharui dalam produk berprestasi tinggi.

Inisiatif ini melibatkan syarikat dari Jepun, Korea, Taiwan, China dan Eropah, termasuklah:

  1. Sony Corporation
  2. Mitsubishi Corporation
  3. ADEKA CORPORATION
  4. CHIMEI Corporation
  5. ENEOS Corporation
  6. Formosa Chemicals & Fibre Corporation
  7. Hanwha Impact Corporation
  8. Idemitsu Kosan Co., Ltd.
  9. Mitsui Chemicals, Inc.
  10. Neste Corporation
  11. Qingdao Haier New Material Development Co., Ltd.
  12. SK Geo Centric Co., Ltd.
  13. Toray Industries, Inc.
  14. Toray Advanced Materials Korea Inc.
Sony Dan 13 Syarikat Antarabangsa Wujudkan Rantaian Bekalan Lestari Plastik
① Pengeluaran nafta boleh diperbaharui — Neste Corporation / ② Pengeluaran monomer stirena boleh diperbaharui — Idemitsu Kosan Co., Ltd. / ③ Pengeluaran resin polistirena boleh diperbaharui — Formosa Chemicals & Fibre Corporation / ④ Pengeluaran para-xilena boleh diperbaharui — SK Geo Centric Co., Ltd. / ⑤ Pengeluaran para-xilena boleh diperbaharui — ENEOS Corporation / ⑥ Pengeluaran asid tereftalat boleh diperbaharui — Hanwha Impact Corporation / ⑦ Pengeluaran resin PET boleh diperbaharui — Toray Advanced Materials Korea Inc. / ⑧ Pengeluaran bisfenol-A boleh diperbaharui — Mitsui Chemicals, Inc. / ⑨ Pengeluaran resin polikarbonat (PC) boleh diperbaharui — CHIMEI Corporation / ⑩ Pengeluaran kalis api boleh diperbaharui — ADEKA CORPORATION / ⑪ Pengeluaran resin PC/ABS boleh diperbaharui — Qingdao Haier New Material Development Co., Ltd./ ⑫ Pengilang pengacuan / ⑬ Reka bentuk dan pembuatan produk siap — Sony Corporation

Proses pengeluaran bermula daripada naphtha boleh diperbaharui sehingga resin polikarbonat, sebelum digunakan Sony dalam reka bentuk produk.

Sony dalam kenyataannya menegaskan, langkah ini penting kerana plastik berprestasi tinggi seperti polikarbonat dan PET sukar diganti dengan plastik kitar semula.

Dengan pendekatan “mass balance”, kualiti plastik boleh diperbaharui setara dengan plastik berasaskan fosil.

Selain itu, rantaian bekalan ini membolehkan pengesanan pelepasan gas rumah hijau sepanjang proses, menyokong matlamat pengurangan jejak karbon.

Projek ini adalah sebahagian daripada usaha Sony “Creating NEW from reNEWable materials” dan menyokong pelan “Road to Zero” yang menyasarkan sifar impak alam sekitar menjelang 2050.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Cara Sembunyikan Status Aktif Anda Di Facebook
  • Fon Telinga Sony WF-1000XM6 Dilancar, Berharga RM1,249

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY