Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fon Telinga Sony WF-1000XM6 Dilancar, Berharga RM1,249

Fon Telinga Sony WF-1000XM6 Dilancar, Berharga RM1,249

Diterbitkan Februari 13, 2026 ยท Dikemas kini Februari 13, 2026 oleh ariff bukhari

Sony hari ini baru sahaja melancarkan fon telinga tanpa wayar genarai terbaharunya, WF-1000XM6.

Hadir dengan pilihan warna hitam dan platinum silver, fon telinga dengan ciri pembatalan hingar ini dijual pada harga RM1,249 (harga selepas baucar diskaun)

WF-1000XM6 menerima peningkatan besar berbanding model sebelumnya, terutamanya pada sistem pembatalan hingarnya kini 25% lebih berkesan melalui pemproses HD Noise Canceling QN3e serta empat mikrofon pada setiap sisi.

Kualiti panggilan turut dipertingkat dengan sensor dan teknologi AI.

Fon Telinga Sony WF-1000XM6 Dilancar, Berharga RM1,249

Dari segi kualiti audio, ia menyokong pemproses V2 untuk bunyi 32-bit, EQ boleh ubah, serta 360 Reality Audio.

Reka bentuk juga 11% lebih nipis menjadikannya selesa dipakai, manakala bekas pengecas bergaya retro mampu memberi sehingga 24 jam penggunaan.

Fungsi pintar seperti kawalan adaptif, integrasi dengan Google Gemini dan Siri, serta aplikasi khusus menambah nilai pengalaman pengguna.

Pelancaran Sony WF-1000XM6 ini dibuat tidak lama selepas Sony melancarkan fon telinga terbuka, LinkBuds Clip yang berharga RM899.

Fon Telinga Sony WF-1000XM6 Dilancar, Berharga RM1,249

Beli barisan produk Sony dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/cln8l30
  • Lazada – https://invl.me/cln8l36

Berkaitan

  • 4 Fon Kepala Wayarles+ANC Bunyi Sedap Harga Bawah RM500
  • 4 Fon Kepala Ni 'Confirm' Bunyi Sedap, Harga Bawah RM2,000
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Fender Lancar Fon Kepala Modular Di Malaysia Berharga RM1,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
©2026 WISER.MY