Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook featured_2

Cara Sembunyikan Status Aktif Anda Di Facebook

Diterbitkan Februari 12, 2026 oleh ariff bukhari

Ramai pengguna Facebook tidak sedar bahawa status aktif mereka boleh memberi kesan kepada privasi dan cara mereka berinteraksi.

Menyembunyikan status aktif adalah langkah mudah tetapi berkesan untuk mengawal privasi di akaun FB anda.

Dengan status aktif tersembunyi, orang lain tidak tahu adakah anda sedang melayari Facebook atau pun tidak.

Jadi, berikut adalah cara menyembunyikan status aktif anda di Facebook melalui pelayar:

  • Di bahagian atas sebelah kanan Facebook, klik Messenger.
  • Di bahagian atas, di sebelah Chats, klik Options.

Cara Sembunyikan Status Aktif Anda Di Facebook

  • Klik sama ada Active Status: ON  atau Active Status: OFF.
  • Klik butang Togol di sebelah Active Status untuk menghidupkan atau mematikan tetapan.
  • Klik Save.

Cara Sembunyikan Status Aktif Anda Di Facebook

Berikut pula adalah tetapan status aktif FB melalui aplikasi Facebook di telefon pintar:

  • Klik pada ikon akaun FB anda
  • Kemudian klik pada ikon seperti rajah di bawah

WhatsApp Image 2026-02-12 at 17.04.05 (1)

  • Seterusnya di bahagian Settings and privacy, klik Settings

WhatsApp Image 2026-02-12 at 17.06.46

  • Akhir sekali, tatal sehingga ke bawah dan anda akan lihat tetapan Active Status.

WhatsApp Image 2026-02-12 at 17.07.19

Kadang-kadang, kita tidak mahu orang tahu kita sedang online.

Jadi, dengan menyembunyikan status aktiviti, anda boleh mengurus masa sendiri tanpa tekanan.

Langkah ini juga membina sempadan sosial yang memberi ketenangan privasi.

Menyembunyikan status juga dapat mengurangkan salah faham dan menjaga hubungan dengan lebih baik.

Akhir sekali, ia memberi anda kawalan penuh terhadap interaksi digital. Anda tentukan bila mahu berhubung, bukan status hijau yang memaksa anda sentiasa tersedia.

Ringkasnya, menyembunyikan status aktif di Facebook adalah cara mudah untuk melindungi privasi, meningkatkan fokus, dan mengawal komunikasi mengikut keselesaan anda.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY