Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sony Berdepan Saman AS$457 Juta Selepas Umum Bakal Tamatkan Permainan Fizikal PlayStation

Posted on Julai 14, 2026

Keputusan Sony untuk menghentikan pengeluaran permainan PlayStation dalam bentuk cakera fizikal bermula Januari 2028 kini bukan sahaja mencetuskan bantahan pemain, malah membawa kepada tindakan undang-undang di Belanda.

Sebuah pertubuhan pengguna Belanda, Stichting Massaschade & Consument (SMC), telah memfailkan saman bernilai AS$457 juta (sekitar RM2 bilion) bagi pihak kira-kira 1.7 juta pengguna PlayStation, menurut laporan Fortune. Mereka mendakwa langkah Sony itu akan mengukuhkan lagi dominasi PlayStation Store, sekali gus mengurangkan persaingan dan memberi Sony kuasa lebih besar dalam menentukan harga permainan digital. 

Menurut kumpulan tersebut, apabila permainan baharu tidak lagi dijual dalam bentuk cakera fizikal, pengguna tidak lagi mempunyai pilihan untuk membeli permainan terpakai atau mendapatkan harga lebih murah melalui peruncit lain. Sebaliknya, semua pembelian perlu dilakukan menerusi PlayStation Store. 

Seorang pakar ekonomi dari Johns Hopkins Carey Business School yang dipetik Fortune turut berpendapat keputusan Sony itu boleh melemahkan hujah antimonopolinya sendiri.

Sebelum ini, Sony berhujah bahawa kewujudan pasaran permainan fizikal membuktikan ia masih berdepan persaingan.

Namun apabila pilihan tersebut dihapuskan, hujah berkenaan dilihat semakin sukar dipertahankan. 

Sony sebelum ini menjelaskan keputusan menghentikan permainan fizikal dibuat kerana sekitar 85% jualan permainan PlayStation kini adalah dalam bentuk digital. Walaupun begitu, sebahagian pemain masih memilih cakera fizikal kerana boleh dijual semula, dipinjamkan atau dijadikan koleksi. 

Kes ini dijangka menjadi antara kes penting yang boleh mempengaruhi perdebatan mengenai hak pemilikan kandungan digital, persaingan dalam platform permainan serta masa depan permainan fizikal di industri permainan video.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress