Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sony Xperia 1 VIII Dilancar, Ini Spesifikasi Penuh

Posted on Mei 13, 2026Mei 13, 2026

Sony hari ini secara rasmi melancarkan Xperia 1 VIII, generasi terbaru dalam siri flagship Xperia 1 yang terkenal dengan reka bentuk premium dan kemampuan kamera profesional. Dengan reka bentuk baharu yang diilhamkan daripada batu permata asli, peningkatan besar pada kamera telefoto, serta prestasi yang jauh lebih laju, Xperia 1 VIII bertujuan menarik balik peminat telefon pintar yang mahukan pengalaman berbeza daripada Android biasa.

Sony memperkenalkan ORE Texture pada bahagian belakang Xperia 1 VIII, iaitu permukaan yang menyerupai batu semula jadi dengan tekstur mikro yang memberikan cengkaman mantap dan rasa premium bila dipegang.

Telefon ini hadir dalam empat warna menarik iaitu Graphite Black, Iolite Silver, Garnet Red, dan Native Gold yang eksklusif untuk model SIM-free. Reka bentuknya masih mengekalkan identiti Xperia dengan skrin OLED 6.5 inci 120Hz beresolusi FHD+ HDR yang panjang, bezel simetri, dan butang shutter fizikal yang menjadi ciri khas.

Peningkatan paling ketara pada Xperia 1 VIII terletak pada bahagian kamera. Ia hadir dengan sistem kamera triple baharu yang terdiri daripada sensor utama 48MP Exmor T bersaiz 1/1.35 inci (f/1.9, 24mm), sensor ultra-lebar 48MP bersaiz 1/1.56 inci (f/2.0, 16mm), serta sensor telefoto 48MP bersaiz 1/1.56 inci (f/2.8, 70mm) yang kini mempunyai sensor hampir empat kali lebih besar berbanding generasi sebelumnya.

Ketiga-tiga lensa ini menawarkan prestasi cahaya rendah yang sangat baik dan setanding dengan kamera bingkai penuh Sony α. Sony turut memperkenalkan AI Camera Assistant yang boleh mencadangkan tetapan terbaik mengikut situasi, membolehkan pengguna menyesuaikan kecerahan, imbangan putih, ketepuan warna, kontras dan banyak lagi sebelum menyimpannya sebagai Custom Look.

Selain itu, telefon ini turut menyokong RAW Multi-Frame Processing, tele-macro, rakaman 4K pada sehingga 120fps, optik ZEISS dengan T* coating, serta pelbagai ciri profesional yang diambil daripada kamera α Sony.

Di bahagian prestasi, Xperia 1 VIII dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5. Ia ditawarkan dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB (boleh dikembangkan dengan microSD sehingga 2TB).

Bateri 5000mAh pula menyokong pengecasan 30W berwayar dan 15W wayarles, manakala skrin menjadi lebih terang dan speaker full-stage stereo memberikan output yang lebih baik dari segi kelantangan, kejelasan dan bass.

Sony terus mengekalkan ciri-ciri yang ramai peminat Xperia mahukan seperti bicu audio 3.5mm, slot microSD, pensijilan IP68 tahan air dan debu, serta Xperia Intelligence yang merupakan sistem AI khas Sony untuk kamera, audio dan video.

Di Malaysia, Sony sudah pun meletakkan halaman rasmi Xperia 1 VIII di laman web mereka dengan varian 256GB. Jualan global dijangka bermula akhir Jun 2026, manakala ketersediaan di Malaysia biasanya menyusul pada Julai atau Ogos dengan harga dijangka sekitar RM8000.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress