Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sennheiser Lancar HD 480 PRO, Fon Kepala Khusus Untuk Rakaman Audio

Sennheiser Lancar HD 480 PRO, Fon Kepala Khusus Untuk Rakaman Audio

Diterbitkan April 24, 2026 · Dikemas kini April 24, 2026 oleh ariff bukhari

Sennheiser memperkenalkan HD 480 PRO, fon kepala closed-back profesional yang direka khas untuk rakaman, pemantauan dan penggunaan audio langsung.

Model ini menonjol dengan bass yang padu, respons frekuensi neutral, serta keupayaan terjemahan bunyi yang tepat merentas sistem.

Sennheiser Lancar HD 480 PRO, Fon Kepala Khusus Untuk Rakaman Audio
Tidak seperti kebanyakan fon kepala tertutup yang lain, HD 480 PRO memberikan kualiti bunyi yang baik dan berkualiti tinggi.

Dari segi keselesaan, HD 480 PRO hadir dengan reka bentuk ergonomik ringan, teknologi Special Axes Geometry untuk kesesuaian konsisten, zon khas untuk pemakai cermin mata, dan sistem pengurangan getaran bagi mengelakkan distorsi.

Sennheiser Lancar HD 480 PRO, Fon Kepala Khusus Untuk Rakaman Audio
Sennheiser mempatenkan bahagian bergelung berhampiran penyambung cuping telinga menghalang bunyi kabel daripada sampai ke cuping telinga

Fon kepala ini juga dilengkapi kabel boleh tanggal di kiri atau kanan, tanda Braille untuk aksesibiliti, serta perlindungan bunyi pasif yang sesuai untuk studio mahupun pentas.

Sennheiser Lancar HD 480 PRO, Fon Kepala Khusus Untuk Rakaman Audio

Dengan harga bermula €399 (~RM2050), HD 480 PRO menawarkan keseimbangan antara prestasi audio, keselesaan jangka panjang, dan fleksibiliti profesional, ideal bagi jurutera bunyi, pemuzik, dan penggiat industri audio.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • 4 Fon Kepala Ni 'Confirm' Bunyi Sedap, Harga Bawah RM2,000
  • Fender Lancar Fon Kepala Modular Di Malaysia Berharga RM1,399
  • Selepas 8 Bulan Dengan Nothing Headphone (1), Inilah Fon Kepala Terbaik Bawah RM1,000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY