Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Solo Leveling Sah Akan Diadaptasi Ke Versi Aksi Sebenar

Solo Leveling Sah Akan Diadaptasi Ke Versi Aksi Sebenar

Diterbitkan Januari 28, 2025 · Dikemas kini Januari 28, 2025 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada para peminat tegar siri anime Solo Leveling kerana Kakao Entertainment mengesahkan bahawa adaptasi drama aksi nyata daripada komik web Solo Leveling atau juga dikenali dengan judul Level Up by Myself karya Chugong dan mendiang artis DUBU sedang dalam pembangunan.

Bahagian media syarikat tersebut terlibat secara aktif dalam perancangan, pembangunan, dan penulisan skrip drama ini.

“…“Level Up by Myself” juga bakal diadaptasi menjadi versi drama aksi nyata.” Kakao Entertainment.

Solo Leveling

Solo Leveling yang diadaptasi daripada novel web dengan judul yang sama, mengisahkan perjalanan Jin-woo Sung, seorang pemburu yang lemah memperoleh kuasa misteri dan berubah menjadi pemburu terkuat.

Adaptasi webkomik daripada siri novel Solo Leveling telah dilancarkan di perkhidmatan WEBTOON pada Mac 2018 dan berakhir pada Disember 2021 lalu.

Adaptasi WEBTOON ini telah mencapai kejayaan besar di peringkat antarabangsa dengan turut menghasilkan permainan untuk peranti mudah alih, PC dan siri anime.

Siri animenya boleh ditonton di platform penstriman seperti Netflix yang kini masih musim pertama dengan 17 episod setakat ini.

Malah Solo Leveling juga akan ke layar perak tidak lama lagi dengan judul Solo Leveling -ReAwakening.

Ia merupakan sebuah filem kompilasi dari musim pertamanya bersama pratonton dua episod pertama musim kedua akan datang.

Berkaitan

  • Treler Filem Anime Solo Leveling Dah Keluar, Musim Kedua Bakal Menyusul
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Kerajaan Lancarkan Chatbot AIFA, AI Memerangi Maklumat Palsu

Sumber: Kakao Entertainment, Anime News Network:SEA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY